I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan ‘Pendakwah’ Ini Adalah Scammer
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan ‘Pendakwah’ Ini Adalah Scammer

Oleh Nazihah AN 19 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer

Mufti turut nasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan ‘pendakwah’ tersebut.

Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan ‘Pendakwah’ Ini Adalah Scammer. Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai seorang pendakwah yang dikatakan berketurunan Nabi Muhammad SAW telah datang ke Malaysia untuk mengadakan ceramah di beberapa negeri.

Telah dilaporkan bahawa hampir kesemua program yang dianjurnya telah dibatalkan tanpa ketahui sebabnya. Dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi, lelaki ini mendakwa dirinya cicit salasilah emas ke-38 Nabi Muhammad SAW.

Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer
Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan ‘Pendakwah’ Ini Adalah Scammer

Menurut laporan awal, ‘pendakwah’ ini mempunyai banyak isu di Maghribi (Morocco)

Menurut Sinar Harian, berikut adalah laporan yang diterima bahawa pendakwah tersebut turut terlibat dalam beberapa kontroversi semasa di Maghribi (Morocco). Maklumat awal tersebut telah dilaporkan dari penama warga Maghribi itu sendiri.

Difahamkan bahawa laporan awal dari Bahagian Penyelidikan JAKIM telah mengkaji berkenaan dengan latar belakang Majelis World Muhammadiah, yang merupakan organisasi yang dikendalikan oleh ‘pendakwah’ tersebut.

Hasil dari penyelidikan bahawa Sayyid Moulay Muhammad Amine El Hasani (Sayyid Muhammad Amin bin Hamid Alidrisi Alhasani), berasal dari Algeria dan mendapat kewarganegaraan Maghribi (Morocco) dan juga dikatakan juga mendapat kewarganegaraan Perancis.

Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer

Kewujudan Majelis World Muhammadiah ini mencurigakan dan tidak diketahui ramai

Kehadiran lelaki yang berasal dari Fes, Maghribi datang ke Malaysia telah mengundang rasa ragu-ragu dari netizen kerana tiada kesahihan sama ada menerusi dokumen asli atau dengan penyaksian pihak yang boleh dipercayai.

Akan tetapi, masih belum ada kenyataan rasmi dari pihak JAKIM berkenaan dengan siasatan latar belakang ‘pendakwah’ tersebut.

Berikut adalah maklumat awal berkenaan isu-isu yang berkaitan dengan ‘pendakwah tersebut:

  1. Mendakwa keturunan ahli bait yang nasab beruba-ubah gelaran iaitu al-idrisi, al-quazzani, al-alami.
  2. Penipuan berkaitan duit di Maghribi (Morocco).
  3. Penipuan lain terhadap pihak Zawiyah Sidi Kasem ben Rahmoun, Fes, Maghribi (Morocco).
  4. Permasalahan dengan pihak Moulay Zouber Kettani.
  5. Dikatakan pihak Kementerian Waqaf menasihatkan kepada para Sheikh di Jami’ al-Qurrawiyyunsupaya berhati-hati dengan penama tersebut.
  6. Para pelajar asia tenggara di Fes turut dinasihatkan supaya menjauhi penama tersebut.

Lihat rujukan di bawah:

Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer
Sumber: Sinar Harian
Mengaku Dirinya Keturunan Nabi, Terdapat Dakwaan 'Pendakwah' Ini Adalah Scammer
Sumber: Sinar Harian

Individu yang dikenali sebagai Mawla Muhammad Amin Al-Idrisi ini juga gagal mendapatkan kelulusan daripada beberapa jabatan agama negeri seperti Kedah, Terengganu dan Kelantan. Bahkan, latar belakang pendakwah ini juga tidak dapat dikenal pasti.

Buat umat Islam di luar sana, hormat biarlah berpada-pada jangan sampai memuja. Bersederhanalah dalam buat apa-apa perkara. Sikap memuji/ sanjung berlebih-lebihan sedangkan perkara itu adalah perkara yang tidak disukai oleh para Rasulullah (al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (2/357).

Walaupun masih belum ada keputusan akhir dari pihak JAKIM, diharapkan agar semua turut berhati-hati untuk mempercayai sebarang hal yang belum tentu kesahihannya dan jangan mudah terpedaya dan percaya terhadap lelaki yang mengaku dirinya keturunan Nabi.

Selain itu, ketahui juga individu yang mengaku dirinya Tuhan dan sokong pedofil. Lihat pautan bawah:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan Sarawak Kini Menjadi Pembekal Tenaga Terbesar Di Malaysia Dan Kalimantan
Next Article Dalam Fasa ‘Bercinta’, Pakatan Parti Politik Semenanjung Cuba Pikat GPS Untuk PRU15

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?