• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan

Oleh
Nazihah AN
29 Jun 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dedah siapa dalang penyeludupan daging penyu di Malaysia

Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Datuk Adnan Hussain berkata, siasatan mendapati sindiket penyeludupan penyu melibatkan kru-kru bot warga tempatan dan asing.

Ada warga tempatan bersekongkol dengan warga asing dalam kegiatan sindiket penyeludupan penyu. Ini berikutan sindiket yang mengaut untung atas jenayah dilakukan mereka susulan harga spesies itu mencecah ribuan ringgit di pasaran gelap.

Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan
Gambar sekadar hiasan

Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan

Menurutnya, sindiket ini menggunakan rangkaian yang luas untuk menyeludup penyu atau anggota badan reptilia tersebut.

“Sindiket ini menggunakan laluan laut dan darat dengan pelbagai kaedah, termasuk menyamarkan daging penyu sebagai produk lain untuk mengelakkan pengesanan oleh pihak berkuasa,” katanya.

DOF percaya sindiket tertentu mensasarkan penyu untuk perdagangan daging dan produk lain seperti cangkerang. Nilai penyu di pasaran gelap boleh mencecah ribuan ringgit, bergantung kepada saiz dan spesies penyu.

Nilai seekor penyu juga bergantung kepada tujuan penggunaannya sama ada sebagai daging, cangkerang, atau produk lain. Daging penyu yang dikeringkan atau diproses bernilai sekitar RM200 hingga RM500 sekilogram (kg).

“Jika seekor penyu dewasa menghasilkan daging seberat 20kg hingga 30kg, nilainya boleh mencecah RM4,000 hingga RM15,000. Cangkerang penyu, terutama daripada spesies penyu karah, bernilai tinggi hingga ribuan ringgit kerana digunakan dalam industri kraf tangan dan perhiasan,” tambah beliau.

Selain itu, bahagian lain penyu seperti telur atau kulit juga mempunyai nilai di pasaran gelap, dengan telur penyu yang dianggap sebagai makanan istimewa boleh dijual pada harga RM2 hingga RM5 sebiji.

4 Spesies Penyu di Malaysia

Menurut Adnan, penyu merupakan sejenis reptilia marin dalam keluarga Chelonioidea. Terdapat empat spesies penyu sahaja di Malaysia iaitu penyu agar, penyu karah, penyu lipas dan penyu belimbing. Kesemua spesies penyu ini disenaraikan dalam Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dalam Spesies Fauna dan Flora Liar (CITES) iaitu satu perjanjian antara kerajaan di peringkat global untuk mengawal selia atau mengharamkan perdagangan antarabangsa spesies terancam.

Tambah Adnan, penyu agar merupakan spesies yang paling banyak mendarat di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, manakala penyu karah mempunyai rekod pendaratan tertinggi di Melaka selain pendaratan penyu lipas direkodkan di Pulau Pinang. Pendaratan penyu belimbing terakhir yang direkodkan adalah pada tahun 2017. Selain itu, DOF juga mendapati insiden kedamparan spesies penyu lain yang bermigrasi di perairan seperti penyu tempayan di Pulau Pinang.

Jumlah keseluruhan penyu sukar untuk ditentukan secara tepat kerana populasi mereka sering berubah tetapi kesemua spesies ini berada dalam status terancam sebagaimana disenaraikan dalam Senarai Merah oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

Ancaman dan Tindakan Penguatkuasaan

Ancaman kepupusan penyu bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi juga di peringkat global. Pemerdagangan haram adalah ancaman serius kepada spesies terancam ini, selain daripada faktor lain seperti tangkapan sampingan pada peralatan penangkapan ikan, penjualan telur penyu, aktiviti pembangunan di kawasan pantai pendaratan penyu, pencemaran, dan pemanasan global.

“Ancaman ini akan menjadi lebih serius jika tiada kawalan pemantauan dan penguatkuasaan yang dilakukan,” kata Adnan.

Beliau turut menjelaskan bahawa selain pemburuan haram, punca utama kepupusan penyu adalah aktiviti pembangunan kawasan pantai pendaratan penyu serta pencemaran di lautan seperti sampah, kayu balak, dan tumpahan minyak. Sampah plastik yang menyerupai obor-obor sering dimakan oleh penyu, menyebabkan bahaya kepada haiwan tersebut.

Perubahan iklim juga antara faktor yang menyumbang kepada kepupusan penyu, di mana peningkatan suhu pasir mempengaruhi jantina anak penyu yang dieramkan. DOF juga mendapati terdapat penangkapan tidak sengaja dalam aktiviti perikanan akibat penggunaan pukat pari dan pukat tunda di kawasan rayau dan pantai pendaratan penyu.

DOF mengambil beberapa langkah tegas untuk menangani isu penyeludupan penyu termasuk operasi penguatkuasaan bersama agensi-agensi lain.

(A) Spesies Penyu di Malaysia

  • Penyu belimbing
  • Penyu karah
  • Penyu agar
  • Penyu lipas

(B) Tindakan Undang-Undang

  • Akta Perikanan 1985 [Akta 317]
  • Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 [Akta 686]
  • Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Bangkai Penyu Hijau Di Miri Ditemui Dengan Kesan Kecederaan Seperti ‘Disengajakan’
Spesis Dalam Status Pemuliharaan, 2 Bangkai Penyu Hijau Ditemui Terdampar Di Pantai Trombol
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching
Next Article Keputusan MyAirlines Mohon Batal Saman RM 17.7 Juta Dari Malaysia Airports Diputuskan 16 Ogos Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?