• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching

Oleh
Aina Musa
29 Jun 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching

Gara-gara tidak puas hati

Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching. Gara-gara mencederakan rakan sepenjara menggunakan sebatang besi katil akibat tidak puas hati, seorang lelaki didenda RM3,000 atau setahun penjara oleh Mahkamah Majistret Kuching semalam.

Majistret Zubaidah Sharkawi menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Shahadan Aramzi, 28, yang mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Banduan Didenda RM3K, Belasah Rakan Sel Dengan Besi Katil Di Kuching. Sumber: Utusan Borneo

Tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan lelaki berusia 35 tahun menggunakan senjata boleh menyebabkan kematian iaitu sebatang besi katil dalam satu kejadian pada 9 Mei 2024, sekitar jam 8.30 malam di asrama lelaki di Penjara Puncak Borneo, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, pengadu iaitu anggota penjara bertugas pada hari kejadian terdengar suara banduan menjerit menyatakan berlaku pergaduhan melibatkan dua lelaki di dalam sebuah sel.

Setibanya pengadu di tempat kejadian, dia mendapati mangsa mengalami kecederaan berdarah di bahagian belakang kepala.

Pada masa sama, tertuduh mengaku dia telah memukul mangsa dengan menggunakan sebatang besi katil.

Susulan itu, mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi mendapatkan rawatan, sementara tertuduh ditahan untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, tertuduh bertindak demikian kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwanya tidak menghormati ketua asrama.

Tertuduh tidak diwakili peguam. Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Shafiqa Nyaie Ilin.

Baca lagi artikel menarik:

Lelaki Dipenjara Enam Bulan Gara-Gara Cabul Anak Rakan Baik Di Kuching
Dua Beranak Maut, Perodua Kancil Remuk Dilanggar Lori Di Jalan Taman Seniawan Bau
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Senarai Event Menarik Sarawak Bulan Julai 2024 Ini Senarai Event Menarik Sarawak Bulan Julai 2024
Next Article Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan Dalang Penyeludupan Daging Penyu Hingga Ribuan Ringgit Didedah Menurut Jabatan Perikanan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?