• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan

Oleh
Ismail NA
17 April 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Hal ini diputuskan oleh Perdana Menteri Malaysia setelah mengambil kira pelbagai pandangan.

Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan. Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menubuhkan syarikat penerbangan butik baharu untuk merapatkan jurang sistem pengangkutan di Malaysia, khususnya di Sabah dan Sarawak. Keputusan ini disokong oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet Persekutuan esok.

Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan
Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa berucap di Majlis Perasmian Raia Hotel & Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa bersama Asnaf & Anak Yatim sebentar tadi. Kredit: UKAS

Beliau bersetuju dengan pendapat yang menyatakan bahawa kos pengangkutan ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya adalah terlalu tinggi. Hal ini turut menjadi salah satu topik hangat yang dibangkitkan semasa beliau mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa di UiTM Shah Alam baru-baru ini.

Selain itu, beliau juga turut memuji kepimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg yang telah membawa Sarawak ke depan dalam sistem pengangkutan hijau dan teknologi hidrogen.

Harga tambang ke Sarawak sama seperti harga tambang ke Hong Kong – Premier Sarawak

Menurut Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari, penubuhan syarikat penerbangan ini adalah untuk menstabilkan harga tambang penerbangan yang tinggi ke Sarawak, kerana individu yang datang ke negeri itu perlu menggunakan kapal terbang dan tiada alternatif lain.

Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan
Gambar hiasan.

Tambahnya lagi, kadar tambang dari Kuala Lumpur ke Kuching memiliki harga yang sama dengan kadar tambang Kuala Lumpur ke Hong Kong. Namun demikian, penubuhan syarikat penerbangan butik ini dijangka hanya bertujuan untuk menstabilkan harga tambang yang keterlalun dan tidak berhasrat untuk mewujudkan lebih banyak persaingan antara syarikat penerbangan sedia ada.

Dapat Green Light Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan
Dapat ‘Green Light’ Kerajaan Persekutuan, Syarikat Penerbangan Sarawak Bakal Jadi Kenyataan. Kredit: UKAS

Kerajaan negeri Sarawak juga bersedia untuk melabur dalam syarikat penerbangan butik dan mengharap agar dapat membawa perubahan yang besar dalam sistem pengangkutan di Malaysia.

Majlis Perasmian Raia Hotel & Convention Centre Kuching dan Majlis Berbuka Puasa bersama Asnaf & Anak Yatim di Kuching turut dihadiri oleh Timbalan-timbalan Premier Sarawak iaitu Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Dato Sri Prof Dr Sim Kui Hian, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Setiausaha Persekutuan Ahmad Nadzri Mohd Hassan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Pengerusi UJ Property Management Sdn Bhd, Dato’ Othman Semail.

Baca juga perkongsian gadis Sabah ini yang merasa terkilan melihat harga tambang yang mahal untuk pulang beraya:

Terlepas Penerbangan Akibat ‘Delay’, Gadis Sabah Ini Menangis Tiket Baharu Cecah RM600+

Ada juga yang memberikan cadangan supaya Feri Malaysia dihidupkan semula sebagai alternatif kepada penerbangan:

Kalah Harga Tiket Ke Oversea, Lelaki Ini Cadang ‘Feri Malaysia’ Dihidupkan Semula
Ada Serendah RM250, Lelaki Ini Ajar Cara Dapat Tiket ‘Flight’ Murah Ke Sabah Pada Musim Perayaan
SUMBER :Unit Komunikasi Awam Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Saintis Jumpa Spesies Tumbuhan Baharu, Namakan ‘Bunga Lalisa’ Sebagai Tanda Penghormatan
Next Article Tiket Terlalu Mahal, Netizen Sebak Dengar Kisah Individu Ini Tak Sempat Jenguk Ibu Sebelum Meninggal Tiket Terlalu Mahal, Netizen Sebak Dengar Kisah Individu Ini Tak Sempat Jenguk Ibu Sebelum Meninggal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?