• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dapat Makanan Basi, Individu Ini Luah Rasa Kecewa Membeli Dari Sebuah Bazaar Ramadan Di Miri

Oleh
ILB - AI
30 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dapat Makanan Basi, Individu Ini Luah Rasa Kecewa Membeli Dari Sebuah Bazaar Ramadan Di Miri

Baru je nak menikmati makanan, tapi nasi rasa basi pula

Dapat Makanan Basi, Individu Ini Luah Rasa Kecewa Membeli Dari Sebuah Bazaar Ramadan Di Miri. Antara benda best untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan ialah mengunjugi pelbagai bazaar Ramadan yang didirikan di sekitar bandar.

Namun, seorang individu meluahkan rasa kecewa membeli dari satu bazaar Ramadan di Miri apabila makanan yang dibelinya rupa-rupanya basi.

Dapat Makanan Basi, Individu Ini Luah Rasa Kecewa Membeli Dari Sebuah Bazaar Ramadan Di Miri

“Tolong check nasi, takut basi.”

Baru-baru ini, seorang individu berkongsi kekecewaan mereka dalam kumpulan Facebook Miri Community, mengatakan bahawa makanan yang mereka beli ternyata basi.

Dalam perkongsian dia, dia berkata “Bukan mahu menutup periuk nasi orang yang dijual di bazar tetapi untuk mengingatkan sahaja. Kalau boleh, bagi mereka yang berjual nasi berlauk yang sekali disimpan dalam bekas tapau itu, tolong check2 juga tu nasi, takut basi. Minta maaf kalau tersinggung dengan apa yang saya cakap.”

Kredit: FB Miri Community

Netizen tidak berpuas hati

Rata-rata netizen bersimpati dengan individu terbabit yang terpaksa membazir membeli makanan basi. Malah ramai yang menyatakan pengalaman sebegini menyebabkan mereka berhenti mengunjungi bazar Ramadan kerana khuatir perkara ini berulang kepada mereka.

Ada juga yang memarahi para penjual yang tidak mengambil berat tentang perkara ini sebab hanya mengutamakan keuntungan.

Kredit: FB Miri Community
Kredit: FB Miri Community
Kredit: FB Miri Community

Peniaga lain terkesan

Namun begitu, terdapat juga peniaga yang terkesan dengan aduan yang dibuat oleh individu terbabit.

Understandably, kalau satu je kena, semua peniaga akan digeneralisasikan secara tidak sengaja. Oleh itu, ada juga dalam kalangan peniaga yang menyuarakan pendapat mereka tentang perkongsian sebegini.

Kredit: FB Miri Community
Kredit: FB Miri Community

Ada betul juga yang dikatakan oleh para peniaga lain. Apakah pendapat anda?

Lagi di sini:

Balut Kanopi Untuk Berniaga, Tak Masuk Habuk
Pandangan Wanita Ini Mengenai Makanan Bazar Tak Laku, Mungkin Cara Jualan Tak Menarik?
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah Didakwa Terima Rasuah, Siasatan Dilancarkan Terhadap 2 Anggota Polis Di Sabah
Next Article Mat Rempit Tunjuk Hebat, Netizen Geram Lihat Individu Buat Aksi Superman Di Petra Jaya Mat Rempit Tunjuk Hebat, Netizen Geram Lihat Individu Buat Aksi Superman Di Petra Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?