• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Oleh
Nazihah AN
23 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Langkah mudah untuk berjaga-jaga!

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City. Baru-baru ini kita telah digemparkan tragedi berita banjir yang menimpa beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia.

Isi Isi Penting
  • Langkah mudah untuk berjaga-jaga!
  • Cara-cara anda mengetahui penggera banjir di dalam aplikasi ini:
  • Memang banyak kemudahan anda boleh dapati melalui aplikasi ini
  • Lagi di sini:

Tidak dapat dinafikan, bahawa bencana alam ini telah mengundang banyak kerosakan terhadap kediaman penduduk terutamanya di kawasan yang rendah.

Selain itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bahagian Sarawak juga telah menggesa orang ramai di Sarawak untuk sentiasa berwaspada dan bersiap siaga untuk hadapi banjir demikian dengan cuaca hujan yang berterusan.

Baru-baru ini juga kita telah dikenalkan satu aplikasi yang sangat mudah, dimana anda boleh mengetahui apa-apa info terawal. Memang pelbagai kemudahan telah disediakan di dalam aplikasi tersebut.

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City
Sumber gambar: Utusan

Cara-cara anda mengetahui penggera banjir di dalam aplikasi ini:

Memang mudah! Kali ini semua hanya dihujung jari sahaja. Dalam ciri ini, pengguna akan lihat maklumat takungan paras air sungai sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga atau normal.

1. Muat turun aplikasi Sarawak Smart City di Google Play atau di Apple Store.

Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.sarawak.smartcity&hl=en&gl=US

Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/sarawak-smart-city/id1529980578

2. Tekan aplikasi tersebut, dan pilih ‘smart drain‘ untuk mengetahui paras air di lokasi anda sendiri.

3. Di sini anda boleh lihat mana-mana kawasan yang anda ingin pastikan paras air. Anda akan lihat maklumat takungan paras air di suatu kawasan sama ada ia berada pada tahap bahaya, amaran, berjaga-jaga atau normal.

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Memang banyak kemudahan anda boleh dapati melalui aplikasi ini

Salah satu kemudahan yang telah disediakan di dalam aplikasi tersebut ialah aplikasi yang boleh mengesan paras air. Terutamanya untuk penduduk di Miri, anda digalakkan untuk muat turun aplikasi ini kerana sesetengah kawasan yang sering dilanda banjir teruk terutamanya berdekatan dgn laut dan sungai.

Aplikasi ini juga turut menyediakan papan tanda digital, bas pintar untuk menyemak laluan dan membayar tambang secara elektronik, trak pintar untuk menjejaki trak sampah dan longkang pintar untuk memantau paras air dan mencetuskan penggera banjir.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat
Next Article Hujan Berterusan Dari 27 Hingga 29 Disember, MetMalaysia Minta Rakyat Sabah Dan Sarawak Siap Sedia Hadapi Banjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?