• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat

Oleh
Nazihah AN
23 Disember 2021
Kongsi
2 Min Bacaan
Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat

Dua pesalah ini melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak berumur 8 tahun

Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat. Telah dilaporkan bahawa, dua lelaki telah dipenjara dan diperintahkan untuk disebat oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan berasingan melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

Dalam kes pertama, Alhezam Rabilee, 32, dipenjara selama enam tahun tambah satu sebatan selepas pesalah mengaku bersalah di hadapan hakim Noor Hafizah Mohd Salim atas pertuduhan menyentuh bahagian sulit seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun di dalam tandas rumah tertuduh di Ranau, pada 19 September.

Fakta kes antara lain menyatakan tertuduh telah menyentuh bahagian sulit mangsa selepas membantunya membersihkan punggung.

Serangan Seksual Terhadap Kanak-Kanak Bawah Umur, Dua Lelaki Sabah Ini Dipenjara Dan Disebat
Gambar hiasan: Berita Harian

Hukuman penjara 10 tahun ke atas pesalah dan tambahan dua tahun penjara serta dua sebatan rotan

Selepas pesalah membantu membersihkannya, pesalah memberitahu mangsa supaya tidak keluar dan ketika itu dia telah memasukkan kedua-dua tangannya dari belakang dan menyentuh bahagian sulitnya.

Pesalah turut memberitahu mangsa supaya tidak memaklumkan kepada ibunya apa yang telah dilakukannya dan memujuk mangsa supaya berhenti menangis dengan memberikan wang RM1.

Dalam kes kedua, seorang lelaki dipenjara selama 12 tahun dan diperintahkan dua sebatan oleh mahkamah sama kerana menggosok alat sulit pada bahagian sulit anak perempuannya berusia lapan tahun, pada tahun lalu.

Pesalah berusia 46 tahun didapati bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah rumah sewa di Inanam antara Mac dan Jun 2020.

Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas pesalah dan tambahan dua tahun penjara serta dua sebatan rotan kerana hubungannya dengan mangsa. Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Warga Sarawak Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Dalam Negeri
Next Article Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City Dapat Mengesan Ketinggian Paras Air Di Miri, Anda Boleh Muat Turun Aplikasi Sarawak Smart City

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?