• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini

Oleh
ILB - AI
15 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini

Pameran kesihatan ini dianjurkan oleh YSLgroup

Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini. Sekiranya anda mahu membuat pemeriksaan kesihatan, anda boleh sertai pameran kesihatan anjuran YSLgroup pada Hari Malaysia iaitu 16 September ini.

Selain pemeriksaan kesihatan, anda juga boleh mendengar ceramah bermaklumat oleh Pakar Kardiologi Intervensi, Dr Tang Sie Hing dari Timberland Medical Centre.

Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini
Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini

Inisiatif untuk memberi kesedaran kesihatan di kalangan orang ramai

Menurut pengerusi penganjur, Puan Audrey A. Yap, berdasarkan laporan yang dipetik daripada Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia, serangan jantung kekal sebagai punca kematian di kalangan lelaki dan wanita Malaysia tanpa mengira kaum, diikuti oleh radang paru-paru dan penyakit cerebrovascular.

Justeru, pameran ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang dianjurkan khas untuk meningkatkan kesedaran kesihatan di kalangan orang ramai dan menggalakkan orang ramai melakukan pemeriksaan kesihatan secara terbuka.

Tetamu khas untuk memberi ceramah bermaklumat

Untuk pameran ini, YSLgroup telah menjemput khas Pakar Kardiologi Intervensi, Dr Tang Sie Hing dari Timberland Medical Centre untuk berkongsi tentang “Apa yang anda perlukan jika anda mengalami serangan jantung?”.

Untuk ceramah ini, dua sesi akan dibuat iaitu dalam Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dan beliau akan berkongsi tentang tanda-tanda dan gejala serangan jantung serta perkara yang boleh anda lakukan untuk menyelamatkan nyawa.

Selain itu, beliau juga akan berkongsi beberapa senario kes sebenar yang beliau temui sepanjang kareernya sebagai Pakar Kardiologi Intervensi.

Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini
Tetamu khas untuk memberikan ceramah, Dr Tang Sie Hing dari Timberland Medical Centre.

Pemeriksaan kesihatan percuma dan aktiviti lain menantikan anda

Sekiranya anda mendaftar untuk menyertai pameran ini, anda dapat menikmati ujian paras gula dalam darah, serta ujian komposisi badan, ujian tekanan darah, pemeriksaan tahap oksigen, pemeriksaan kesihatan arteri, ujian profil kaki, konsultasi kesihatan, ujian darah dan air kencing – semua secara percuma.

Untuk makluman anda, ujian darah dan air kencing percuma hanya untuk ahli PERKESO yang berdaftar berumur 40 tahun ke atas.

Jika anda berminat untuk melakukan pemeriksaan darah, anda dikehendaki untuk berpuasa sebelum melakukan pemeriksaan tersebut. Anda tidak boleh makan atau minum (kecuali air kosong) sekurang-kurangnya 8 – 10 jam sebelum menghadiri tempat pemeriksaan kesihatan..

Anda juga tidak boleh merokok, mengunyah gula-gula getah dan bersenam. Hanya selepas spesimen dikumpul, anda boleh meneruskan diet biasa anda.

Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Di Sarawak Islamic Information Centre Pada 16 September Ini

Sementara itu, anda juga layak menyertai cabutan bertuah serta menerima beg goodies, dengan tajaan bersama penaja platinum Shine Pharmacy Sdn Bhd, bersama penaja emas Medi Beaute (Kuching) Sdn Bhd, Benchmark Health dan Kimgres Marketing Sdn Bhd serta penaja perak Leaves Food Industries dan penaja makanan, E’Bake, Classmatea and Kelly’s Homemade. Juruvideo rasmi ialah Tortoise Production.

Untuk mendaftar, anda boleh mendaftar menerusi pautan ini – pendaftaran adalah percuma!

Untuk maklumat lanjut, anda boleh e-mel kepada [email protected]

Ceramah Kesihatan Dengan Dr. Tang Sie Hing “Apa yang anda perlukan jika anda mengalami serangan jantung?”
Tarikh: 16 September 2022
Lokasi: Sarawak Islamic Information Centre, Jalan Ong Tiang Swee
Sesi Bahasa Cina: 1:00PM – 2:30PM
Sesi Bahasa Inggeris: 3:00PM – 4:30PM

Event menarik hujung minggu ini:

Khas Untuk Peminat Anime, Torabera ACG Fest Bakal Diadakan Di The Spring Mulai 16 September Ini

Lagi event menarik di sini:

Meriah Hujung Tahun Ini Bersama Seisi Keluarga, Ketahui 5 Acara Menarik Di Kuching
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Bongkar Akaun Terbaru Pedofil, Muka ‘Nerd’ Tapi Muat Naik Status Lucah
Next Article Diklasifikasi Sebagai Mati Mengejut, Mayat Lelaki Tanpa Identiti Ditemui Di Tepi Jalan Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?