• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix

Oleh
Husna Hazmi
8 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Filem Mat Kilau akan ditayng di Netflix 16 September ini.

Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix. Filem Mat Kilau yang telah ditayangkan pada bulan Jun tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ramai. Bukan sahaja di Malaysia, filem ini juga mendapat sambutan yang baik daripada luar negara.

Sempena hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September nanti, Netflix akan meneyangkan filem arahan Syamsul Yusof ini secara global kecuali di Indonesia di mana ia akan dilancarkan pada 14 Oktober akan datang.

Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix
Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix

Sertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat

Dalam masa yang sama, Netflix juga telah mengumumkan filem Mat Kilau ini akan menyertai 150 karya tempatan lain dalam koleksi Rekaan Rakyat seperti BoBoiBoy: The Movie, Fly by Night, Maria Mariana Ii, Jimi Asmara dan banyak lagi.

Mencecah kutipan RM 90 juta iaitu hampir RM 100 juta, selepas ditayangkan 33 hari di pawagam, filem ini berjaya mengatasi filem Avengers: End Game yang mengutip RM 87 juta di Malaysia sebelum ini.

Sempena Hari Malaysia 16 September Ini, Filem Mat Kilau Akan Ditayang Di Netflix

Raih jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara

Dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian, Johan As’ari, Datuk Rahim Razali dan Datuk Jalaluddin Hassan, filem Mat Kilau ini juga telah mencipta sejarah menjadi filem dengan jumlah kutipan paling tinggi dalam sejarah perfileman negara.

Jadi, bagi anda di luar sana yang tidak berkesempatan menonton filem ini ketika ia ditayangkan di wayang, anda boleh simpan tarikh 16 September nanti untuk menontonnya di Netflix!

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Pesan Roti Canai Telur Di Bintulu, Tapi Apa Yang Diterima Lelaki Ini Buat Netizen Dekah
SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kumar, Pelawak Terkemuka Singapura Bakal Hebohkan Kuching Dan KK Oktober Depan
Next Article Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh Kes Pukul Warga Emas Di Bau, Polis Klasifikasikan Semula Sebagai Kes Bunuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?