• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak

Oleh
Ismail NA
3 Februari 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Vaksin yang sama disuntik kepada beberapa pemimpin dunia setakat ini termasuk Presiden Indonesia.

Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak. Vaksin COVID-19 yang dikeluarkan oleh syarikat Pfizer-BioNtech kini sedang diedarkan ke seluruh dunia bagi membina sistem imuniti untuk melindungi penduduk dunia daripada pandemik ini.

Isi Isi Penting
  • Vaksin yang sama disuntik kepada beberapa pemimpin dunia setakat ini termasuk Presiden Indonesia.
  • Kontena penghantaran berjaya kekalkan julat suhu optimum untuk vaksin COVID-19
  • Perjalanan panjang dari Belgium ke Belaga
  • Sehingga kini, beberapa pemimpin dunia telah menjadi antara orang pertama mendapat suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech. Baca lebih lanjut di sini :

Di Sarawak, satu aktiviti ‘dry run’ untuk menentukan kecekapan penghantaran vaksin COVID-19 telah dijalankan. Aktiviti tersebut melibatkan penghantaran ke Klinik Kesihatan Belaga menggunakan botol berisi larutan saline.

Kontena penghantaran berjaya kekalkan julat suhu optimum untuk vaksin COVID-19

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr. Chin Zin Hing, berdasarkan dry run yang dilakukan pada 29 Januari yang lalu, penghantaran vaksin jenis Pfizer-BioNtech berjaya dihantar walaupun ke kawasan pedalaman Sarawak kerana kontena penghantaran terma yang digunakan oleh pihak Pfizer telah berjaya mengekalkan suhu simpanan produk antara -90°C hingga -60°C sepanjang perjalanan ke Belaga.

Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak
Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak
Sumber : KKM

Untuk pengetahuan anda, bagi memastikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNtech tidak terjejas, suhu simpanan produk hendaklah sentiasa berada dalam keadaan suhu ultra sejuk iaitu pada sekitar -75°C (julat tidak lebih dan tidak kurang 15°C).

Situasi ini tentunya menjadi cabaran terutamanya perjalanan ke kawasan yang sukar dan jauh seperti di kawasan pedalaman dan luar bandar.

Perjalanan panjang dari Belgium ke Belaga

Klinik Kesihatan Belaga dipilih sebagai lokasi penghantaran dry run ini kerana ia berada sejauh 178 km atau 4 jam perjalanan dari bandar terdekat iaitu Bintulu. Klinik ini juga berada sejauh 778 km dari Bandaraya Kuching melalui jalan darat.

Kontena penghantaran terma yang digunakan untuk menghantar vaksin ini mengandungi ais kering dan dilengkapi dengan log terma. Ia diterbangkan dari Belgium iaitu negara pengeluar vaksin ini ke Subang kemudian ke dihantar ke Kuching. Dari Kuching pula, kontena ini akan dihantar menggunakan jalan darat ke Bintulu seterusnya barulah ke Klinik Kesihatan Belaga.

Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak
Sumber : KKM

Dalam dry run tersebut juga, tiada ujian suntikan dijalankan terhadap manusia memandangkan kandungan kontena tersebut hanyalah botol berisi larutan saline biasa.

Ujar Dr. Chin lagi, tujuan ujian tersebut juga adalah semata-mata untuk menentukan keupayaan vaksin tersebut mengharungi perjalanan yang panjang dalam julat suhu yang ditetapkan.

Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak
Sumber : KKM

Dengan itu, ia juga akan menjadi penanda aras untuk menilai kebolehlaksanaan proses-proses yang terlibat dalam pengendalian vaksin COVID-19 dan menguji pelaksanaan Garis Panduan Pengendalian Vaksin COVID-19 yang telah dibangunkan di lapangan agar pengedaran sebenar ke seluruh Malaysia kelak akan berjalan lancar.

Menerusi kejayaan mengharungi perjalanan yang panjang itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga berharap agar ia dapat membantu semua pihak untuk merancang langkah dan prosedur yang terbaik untuk mengekalkan kualiti vaksin, keselamatan dan keberkesanan untuk semua rakyat Malaysia serta rakyat Sarawak, terutamanya yang berada di kawasan pedalaman.

Sehingga kini, beberapa pemimpin dunia telah menjadi antara orang pertama mendapat suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNtech. Baca lebih lanjut di sini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM388 Dengan Hanya Mengambil Gambar CNY OOTD Terbaik Anda Menangi Hadiah Wang Tunai Sehingga RM388 Dengan Hanya Mengambil Gambar CNY OOTD Terbaik Anda
Next Article Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?