• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar

Oleh
ILB - AI
3 Februari 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar

“Kamu tanya semua orang, pernah kah saya pisah sama dia?”

Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar. Terkini, sebuah video dimuat naik menerusi laman Twitter menunjukkan seorang pelawat (dipercayai isteri kepada pesakit) bertengking dengan kakitangan sebuah hospital di Miri.

Video Seorang Pelawat Masuk Wad COVID-19 Di Miri Disebar, Enggan Beri Kerjasama Untuk Keluar

Isteri pesakit Covid-19 enggan keluar dari wad

Video tersebut yang kini ditonton sebanyak 4.8k kali menunjukkan seorang wanita dirakam oleh seorang kakitangan hospital kerana dia melanggar peraturan hospital.

Wanita tersebut dipercayai isteri kepada pesakit Covid-19 yang sedang dirawat terbabit.

Untuk pengetahuan anda, hospital berkenaan telah mengeluarkan kenyataan akhbar pada minggu lepas iaitu mengumumkan bahawa mereka tidak akan membenarkan pelawat untuk masuk hospital buat sementara waktu akibat peningkatan kes di bahagian Miri baru-baru ini.

Namun begitu, wanita terbabit telah melanggar peraturan baru ini apabila dia dilihat menemani suaminya di wad Covid-19.

Kredit: Twitter

Kakitangan hospital cuba memintanya untuk pergi, tetapi dia menolak

Menerusi video berdurasi 1:31 terbabit, wanita tersebut dirakam oleh seorang kakitangan hospital terang-terang memarahi kakitangan tersebut.

Ketika disuruh keluar, wanita itu mengatakan,

“Saya orang yang sihat! Kenapa kamu takut dengan orang yang sihat? Saya tidak faham. You already crazy!“

Kredit: Twitter

Wanita itu kemudian mengatakan bahawa para kakitangan hospital berkenaan memakai Personal Protective Equipment (PPE) dan dia yang sepatutnya merasa terancam.

“Kamu semua pakai baju, saya tidak ada pakai baju. Saya yang rasa bahaya,” kenyataan olehnya yang diambil dari video tersebut

Walaupun diberi amaran bahawa mereka akan memanggil polis untuk membuat tindakan terhadapnya, dia menolak untuk memberikan kerjasama dan mengancam kakitangan hospital tersebut.

Kredit: Twitter

Anda boleh lihat video terbabit di bawah:

Bagaimanakah wanita ini boleh terlepas masuk ke dalam Wad Covid-19 di Miri yg akan memberi risiko kpd nyawa Frontliners yg bertugas? pic.twitter.com/ilbfPbN9f4

— SufriYusopShamsudin (@craz33sufri) February 3, 2021

Pada masa penulisan, tiada kesinambungan berikutan kejadian itu. Namun, diharapkan wanita tersebut telah diambil tindakan atas kesalahan melanggar SOP secara terang-terangan.

Tidak kira sama ada anda pasangan atau keluarga, anda juga harus memainkan peranan anda untuk bertanggungjawab. Ada sebab mengapa wad ini digelar ‘wad pengasingan’ kerana virus ini mudah berjangkit dan hanya kakitangan yang memakai PPE sahaja dibenarkan untuk merawat pesakit COVID-19.

Jangan membebankan frontliner kita lagi dengan menambahkan masalah yang tak sepatutnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari Belgium Ke Belaga, Vaksin Pfizer-BioNtech Lulus Ujian Untuk Edaran Ke Pedalaman Sarawak
Next Article TERKINI: 3 Kematian Dilaporkan Hari Ini Di Sarawak, 148 Kes Positif Baharu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?