• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari ‘Dancer’ Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen

Oleh
Aina Musa
31 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dari 'Dancer' Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen

Toni si ‘Budak Terabai’ sebuah permata ‘Akar Untuk Masa Depan’

Dari ‘Dancer’ Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen. Antara benda yang paling ditunggu-tunggu setiap kali menjelangnya musim perayaan pastinya iklan daripada syarikat PETRONAS yang sinematik, kreatif dan penuh dengan mesej tersirat.

Seperti hari perayaan lain, kali ini Petronas tidak melepaskan peluang mereka dengan menghasilkan sebuah video pendek mengenai sambutan Hari Gawai yang bakal berlangsung 1 Jun ini.

Kali ini, syarikat tersebut menampilkan sebuah iklan yang bertajuk Budak Terabai.

Dari 'Dancer' Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen
Dari ‘Dancer’ Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen. Kredit: Petronas

Iklan tersebut mengisahkan Toni, seorang budak bandar dengan semangat seorang pahlawan yang jatuh cinta dengan tarian Ngajat.

Namun, beliau sering diperlekehkan oleh bapa saudaranya kerana Toni dilihat hanya boleh melakukan tarian ‘Tiktok’ berbanding membuat tarian tradisional Ngajat yang penuh dengan skil diikuti dengan rentak tertentu.

Dari 'Dancer' Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen

Dengan semangat yang ada, Toni tidak berputus asa untuk terus membuktikan kebolehannya.

Paling best, Toni dengan inisiatifnya sendiri mempelajari tarian Ngajat menerusi aplikasi Tiktok.

Beliau nekad mempelajari tarian tersebut sehingga boleh mengikut rentak dan setiap gerak-geri dalam tarian Ngajat.

Dari 'Dancer' Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen

Dalam pada masa yang sama, sumber inspirasinya juga adalah daripada sepupunya, Jeff yang sangat mahir melakukan tarian Ngajat walaupun masih kecil.

Hasratnya untuk membuktikan kebolehan beliau menari Ngajat akhirnya tercapai apabila beliau dipilih untuk menyertai pertandingan Ngajat sempena Hari Gawai di rumah panjang mereka.

Bahkan, Toni juga mendapat tepukan gemuruh dari seluruh warga rumah panjang setelah selesai membuat persembahan.

Untuk menonton iklan tersebut boleh lihat di sini.

Baca lagi artikel menarik:

Hampir 4K Share, Wanita Ini Kongsi Resipi ‘Mint Langkau’ Minuman Special Sempena Gawai
Tular Di Tiktok, Syed Saddiq Memakai Pakaian Tradisional Sabah Dan Sarawak Sempena Gawai Dan Kaamatan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 'Kantoi' Curi Aiskrim, Kanak-Kanak 10 Tahun Berhadapan Hukuman Penjara Di Kuching ‘Kantoi’ Curi Aiskrim, Kanak-Kanak 10 Tahun Berhadapan Hukuman Penjara Di Kuching
Next Article Pernah 'Hype' Suatu Ketika dahulu, Ketahui 'Panggung Lina' Satu-Satunya Pawagam Di Serian Pernah ‘Hype’ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?