• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pernah ‘Hype’ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian

Oleh
Aina Musa
31 Mei 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Pernah 'Hype' Suatu Ketika dahulu, Ketahui 'Panggung Lina' Satu-Satunya Pawagam Di Serian

Serian dahulu pernah ada panggung wayang yang ramai tak tahu

Pernah ‘Hype‘ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian. Pernahkah anda mendengar mengenai Panggung Lina? Sinematik legenda yang pernah menghiasi zaman kegemilangan wayang di Serian.

Yup, zaman dulu-dulu Panggung Lina pernah menjadi tempat yang paling hangat di bandar kecil ini.

Pernah 'Hype' Suatu Ketika dahulu, Ketahui 'Panggung Lina' Satu-Satunya Pawagam Di Serian
Pernah ‘Hype’ Suatu Ketika dahulu, Ketahui ‘Panggung Lina’ Satu-Satunya Pawagam Di Serian. Kredit: Google

Panggung Lina, satu-satunya pawagam yang terdapat di Serian pada masa itu, bukan saja menjadi pusat hiburan bagi penduduk tempatan, malah menjadi tumpuan utama bagi semua orang untuk merasai pengalaman menonton wayang yang menyeronokkan.

Panggung ini menjadi tempat paling popular bagi masyarakat pada zaman itu untuk menonton wayang pada ketika itu.

Panggung Lina atau Syn Syn Cinema ini sudah pun wujud sekitar tahun 1980-an.

Pernah 'Hype' Suatu Ketika dahulu, Ketahui 'Panggung Lina' Satu-Satunya Pawagam Di Serian

Pawagam ini terletak di bangunan Jong Chi di Serian dan nama bangunan ini diambil sempena nama pemilik pawagam tersebut.

Menurut warga sekitar, bangunan itu dikatakan bangunan paling moden yang ada di Serian pada ketika itu.

Difahamkan, Jong Chi Jui merupakan pengetua sekolah misi Katolik di Serian dan kemudian menceburi diri dalam perniagaan penyiaran.

Pernah 'Hype' Suatu Ketika dahulu, Ketahui 'Panggung Lina' Satu-Satunya Pawagam Di Serian

Bukan sahaja warga Serian, warga sekitarnya juga sanggup ke pekan Serian dan akan keluar beramai-ramai menonton filem-filem barat sehingga ke filem-filem klasik P.Ramlee di panggung tersebut.

Menariknya, harga tiket yang dikenakan juga dicas mengikut tempat duduk yang dipilih. Sekiranya anda memilih tempat duduk paling belakang sekali anda akan dicas RM 2.50.

Sebaliknya, apabila anda memilih tempat duduk paling hadapan anda hanya akan dicas RM 0.50 sen sahaja.

Kerusi yang disediakan pula hanyalah kerusi lipat.

Baca lagi artikel menarik:

Pernah Hype Dan Popular, Benteng Satok Buat Warga Kuching Sebak Terkenang ‘Childhood Memories’
Pusat Beli Belah Pertama Di Sarawak, Electra House Mall Ini Sudah Beroperasi Hampir 60 Tahun
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dari 'Dancer' Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen Dari ‘Dancer’ Tiktok Ke Penari Ngajat, Iklan Petronas Sempena Hari Gawai Ini Sentuh Hati Netizen
Next Article Dilayan Sebagai 'Objek' Oleh Pelancong, Komuniti Bajau Laut Di Sabah Tuntut Keadilan Dilayan Sebagai ‘Objek’ Oleh Pelancong, Komuniti Bajau Laut Di Sabah Tuntut Keadilan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?