• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini

Oleh
Aina Musa
3 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Perkahwinan Lelaki Punjabi Bersama Gadis Kayan Ini Buat Netizen Terharu

Cinta dari Rawang terikat di Pilah Baram

Perkahwinan Lelaki Punjabi Bersama Gadis Kayan Ini Buat Netizen Terharu. Baru-baru ini, tular di media sosial Facebook mengenai perkawinan seorang lelaki Punjabi yang berasal dari Rawang Selangor bersama gadis Kayan dari Baram, Sarawak.

Persandingan mereka ini telah dikongsi oleh seorang ikon guru yang cukup terkenal dalam kalangan masyarakat Sarawak iaitu Cikgu Emmet Menulis.

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini
Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini. Kredit foto: Cikgu Emmet Menulis

Perkongsiannya itu mengenai perkahwinan campur antara lelaki Punjabi dan gadis Kayan itu telah mendapat perhatian ramai kerana pernikahan etnik Sarawak dengan masyarakat Punjabi jarang-jarang berlaku di Sarawak sehinggakan netizen terharu dan bangga melihat pertembungan dua budaya itu.

@cikguemmet

perkahwinan lelaki punjabi dari Rawang selangor bersama gadis Kayan dari Baram Sarawak. #sarawakian #sarawaktiktok #GenshinTeleport #malaysiatiktok #fyp

♬ Instrument Sape Dayak – bang joko eskade

Berdasarkan perkongsian beliau, Dalvinder Singh seorang lelaki Sikh yang berasal dari Rawang Selangor telah terpaut hati dengan gadis berbangsa Kayan iaitu Sophia Suling Saging dari Kampung Long Pilah, Baram, Sarawak.

Tambahnya, permulaan cinta mereka ‘berputik’ semasa kedua-dua pasangan ini sama-sama bertugas di Kuala Lumpur.

Perkahwinan mendapat restu daripada pihak keluarga

Tidak dinafikan, perkahwinan campur di Sarawak bukanlah sesuatu yang ‘janggal’ di sini namun situasi ini boleh dikatakan ‘normal’.

Begitu juga berlaku kepada kedua pasangan ini. Percintaan mereka mendapat restu kedua belah keluarga masing-masing walaupun berbeza adat dan budaya.

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini
Kredit foto: Cikgu Emmet Menulis

Difahamkan sambutan hari bersejarah mereka disambut meriah oleh pihak keluarga di Long Pilah Baram dengan diadakan secara besar-besaran.

Dikatakan juga, persediaan serba mewah yang dibuat oleh pihak keluarga Sophia adalah kerana beliau merupakan anak ketua kampung. Oleh itu sambutan hendaklah dibuat penuh meriah setaraf kedudukan bapanya yang bertaraf ‘Maren’ atau berstatus tinggi.

Menurut Dalvinder, niatnya untuk mengahwini Sophia tidak mendapat bantahan dari keluarganya kerana mereka sangat terbuka terhadap siapa sahaja yang menjadi pilihan beliau.

Begitu juga bagi pihak keluarga Sophia walaupun agak ‘jarang’ berlaku lelaki dari keturunan Punjabi mengahwini gadis Kayan tetapi tetap menerima dengan Dalvinder dengan baik.

Perkahwinan berlangsung sepenuhnya mengikut adat Kayan

Sambutan di Long Pilah dibuat begitu meriah malah persediaan menyambut pengantin dibuat hampir sebulan sebelum majlis berlangsung.

Hiasan kain berwarna kuning, merah dan hitam menjadi warna dominan ditambah dengan hiasan “Lepo Jako” iaitu hiasan berbentuk rumah mini yang digantung beberapa batang rokok orang ulu.

Pada majlis tersebut, Sophia mengenakan set pakaian tradisi wanita kayan digayakan dengan ‘head dress’ yang dikenali sebagai lavung dan set pakaian dikenali Ta’a. Bagi Dalvinder Singh pula dihiasi dengan topi khas yang panggil “lavung dok” serta memakai abet (seperti sirat) dan bersunung yang diperbuat dari kulit.

Dari Rawang ke Baram, Netizen Teruja Lihat Perkahwinan Lelaki Punjabi Dan Gadis Kayan Ini
Kredit foto: Cikgu Emmet Menulis

Bila ditanya tentang toleransi di Sarawak, Dalvinder mengakui setelah beberapa kali ke Kuching dan Miri beliau dapati masyarakat pelbagai kaum di sini lebih terbuka dan sangat menghormati antara satu sama lain. Secara umumnya toleransi di Sarawak ini lebih baik.

Kesimpulannya sifat menerima dikalangan warga Kayan terhadap orang luar sangat menakjubkan dan ini boleh dianggap sebagai meraikan kepelbagaian kaum dan budaya yang indah di Sarawak.

Perkahwinan campur bukanlah sesuatu yang pelik di Sarawak malah dianggap unik. Baca lebih lagi mengenai perkahwinan campur di Sarawak:

Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
SUMBER :FB Cikgu Emmet Menulis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article 80 Artis Tatu Dari Seluruh Negara Bakal Meriahkan Kuching Tatoo Festival 2022 80 Artis Tatu Dari Seluruh Negara Bakal Meriahkan Kuching Tatoo Festival 2022
Next Article Guru Tak Mengajar 7 Bulan, 4 Pelajar Sabah Nekad Fail Saman

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?