• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching

Oleh
Aina Musa
14 Ogos 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching

Pilih tarian singa sebagai salah satu persembahan semasa majlis resepsi

Unik Dan ‘Rare’, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching. Kebiasaannya, apabila berkunjung ke majlis perkahwinan orang Melayu terutamanya di Sarawak, kita akan disajikan dengan persembahan seperti paluan kompang, silat ataupun bergendang.

Isi Isi Penting
  • Pilih tarian singa sebagai salah satu persembahan semasa majlis resepsi
  • Penyatuan dua budaya
  • Tidak lupa asal usul
  • Perkenalan selama 4 tahun sehingga berakhir ke jinjang pelamin

Namun, tular baru-baru ini apabila satu majlis perkahwinan Melayu diiringi dengan persembahan tarian singa berjaya mendapat perhatian orang ramai sehingga majlis persandingan mereka dianggap ‘rare’ dan unik.

Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Ini Baru Rare, Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching

Penyatuan dua budaya

Majlis persandingan tersebut telah diadakan di Pusat Konvensyen CIDB Sarawak dan rata-rata tetamu yang hadir pada hari tersebut teruja dengan persembahan itu.

Pasangan mempelai iaitu Siti Haziqah Othman yang berasal daripada Sarawak dan Yap Ee Jie dari Selangor, telah bertekad memilih persembahan tarian singa untuk dipersembahkan kepada tetamu yang hadir ke majlis persandingan mereka.

Pasangan ini memilih tarian singa sebagai salah satu persembahan semasa majlis persandingan mereka adalah bagi mencerminkan warisan budaya bagi kedua-dua pasangan berkenaan.

Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Kredit Foto: FB Aen Fasola

Tambah Siti Haziqah, penampilan persembahan tarian singa itu adalah untuk meraikan penyatuan antara dua budaya iaitu budaya Melayu dan Cina.

Kami mahukan sesuatu yang istimewa untuk perkahwinan kami untuk menunjukkan bahawa kami boleh menerima budaya masing-masing. Tambahan pula, ibu suami saya ingin merasai pengalaman perkahwinan Melayu, manakala keluarga saya mahu merasai pengalaman perkahwinan Cina,”

katanya ketika dihubungi The Borneo Post.

Tidak lupa asal usul

Beliau juga mendedahkan bahawa nenek sebelah ibunya merupakan bangsa Cina tetapi dijadikan anak angkat oleh keluarga Melayu sejak daripada bayi.

Setiap kali Hari Raya mereka akan datang ke rumah kami dan semasa Tahun Baru Cina kami akan menziarahi mereka. Jadi, ia bukan perkara yang pelik bagi kami,”

ujarnya lagi.
Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Kredit Foto: FB Aen Fasola

Keluarganya sebelah Cina turut membantu menguruskan kumpulan tarian singa itu.

Program resepsi perkahwinan itu turut menampilkan kumpulan budaya tradisional Cilik Sejinjang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur tujuh hingga 12 tahun.

Semasa majlis resepsi, kami mengadakan persembahan tradisional Melayu oleh Cilik Sejinjang, upacara merenjis air mawar, dan persembahan tarian singa oleh Sarawak Kuching Hong Yi, yang adil untuk kedua-dua keluarga,”

tambahnya lagi.

Perkenalan selama 4 tahun sehingga berakhir ke jinjang pelamin

Siti Haziqah berkata Yap melamarnya pada malam tahun baru ketika mereka menonton TV sambil menunggu bunga api.

Kami sebenarnya berkenalan empat tahun lalu semasa kami bekerja di sebuah syarikat IT di Selangor. Walaupun selepas meninggalkan syarikat itu, kami terus berhubung dan menjadi kawan baik,”

katanya.
Unik Dan 'Rare', Tetamu Kagum Dengan Tarian Singa Iringi Majlis Perkahwinan Melayu Di Kuching
Kredit foto: FB CIDB Convention Centre

“Kami tidak pernah bercakap tentang berkahwin atau apa-apa, sehingga satu hari bapanya memberitahu saya secara bersemuka bahawa dia mahu kami pergi lebih jauh. Dia terus merestuinya,”

ujarnya lagi.

Pasangan pengantin baru itu kini bekerja di Kuala Lumpur dan tinggal bersama keluarga Yap.

Baca lagi mengenai perkahwinan campur etnik di Borneo:

Pengantin Lun Bawang-Melayu Kongsi Momen Adat Berbeza Di Miri Ini Buat Netizen Terharu
Wanita Ini Kongsi Sikap Toleransi Antara Keluarga Kristian Dan Muslim Di Majlis Perkahwinan Di Beluran

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Scammer Pencen Sebagai 'Penjawat Awam', Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru Scammer Pencen Sebagai ‘Penjawat Awam’, Rupa-Rupanya Tukar Bidang Dan Guna Modus Operandi Baru
Next Article Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K Tertipu Jerat Macau Scam, Peniaga Dan Suri Rumah Rugi Lebih RM20K

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?