• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Data Terbaharu Menunjukkan 3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Lawan Varian Omicron

Oleh
Ismail NA
24 Januari 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Data tersebut dikeluarkan oleh Sinovac Biotech Ltd., syarikat pengeluar vaksin Sinovac

Data Terbaharu Menunjukkan 3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Lawan Varian Omicron. Syarikat pengeluar vaksin Sinovac iaitu Sinovac Biotech Ltd. telah menerbitkan data kajian terbaharu yang menunjukkan bahawa pengambilan 3 dos vaksin Sinovac berkesan melawan varian Omicron COVID-19.

Isi Isi Penting
  • Data tersebut dikeluarkan oleh Sinovac Biotech Ltd., syarikat pengeluar vaksin Sinovac
  • 3 dos Sinovac mampu hasilkan sehingga 95% antibodi neutral lawan VOC termasuk Omicron
  • Bagaimana antibodi hasil suntikan vaksin Sinovac ini bekerja?
  • Baca juga :

Jurucakap Sinovac, Pearson Liu menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pharmaniaga Bhd, pengedar tunggal vaksin Sinovac di Malaysia, pada Sabtu, memberi jaminan bahawa kajian tersebut membuktikan bahawa vaksin jenis virus dimatikan (inactivated vaccine) yang digunakan secara meluas dalam pembuatan vaksin masih berkesan melawan jangkitan COVID-19.

3 dos Sinovac mampu hasilkan sehingga 95% antibodi neutral lawan VOC termasuk Omicron

Dengan 3 kali suntikan vaksin Sinovac, badan akan menghasilkan antibodi neutral yang jauh lebih tinggi iaitu 95%. Manakala, jika dibandingkan dengan 2 dos Sinovac, ia hanya mampu menghasilkan 3.3% antibodi sekiranya dijangkiti oleh varian membimbangkan (VOC) termasuklah varian Omicron. Data ini diperolehi melalui pemantauan yang dibuat terhadap penerima yang menerima 3 dos suntikan vaksin Sinovac.

Data Terbaharu Menunjukkan 3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Lawan Varian Omicron
Data Terbaharu Menunjukkan 3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Lawan Varian Omicron

Dalam kenyataan yang sama, kajian tersebut dilaksanakan di China dengan pemantauan respon imun CoronaVac (Sinovac) terhadap 120 orang sukarelawan. Para pengkaji telah mengasingkan 323 antibodi monoklonal manusia (antibodi yang dibina dengan mengklonkan sel darah putih unik) yang mensasarkan pelbagai permukaan virus untuk kesan pemusnahan yang lebih efektif.

Bagaimana antibodi hasil suntikan vaksin Sinovac ini bekerja?

Daripada jumlah ini, sebanyak lebih daripada 300 antibodi telah menunjukkan aktiviti pemusnahan yang memuaskan terhadap kebanyakan varian membimbangkan (VOC) serta varian perlu perhatian (VOI). Para pengkaji juga mendapati bahawa majoriti antibodi ini mempunyai keupayaan untuk bertindak balas terhadap domain pengikat reseptor (RBD) virus varian Omicron.

Melalui kajian ini juga, sebanyak satu dozen antibodi menunjukkan kesan neutralisasi secara langsung dan kuat terhadap varian Omicron dengan cara menghalang interaksi terus antara virus dan sel badan manusia. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa pengambilan dos penggalak vaksin Sinovac akan mengaktifkan sel T melawan Omicron sepertimana ia melawan strain asal virus COVID-19.

Hasil kajian tersebut dikongsikan dalam jurnal perubatan bioRxiv.

Haa, dah ambil dos penggalak ke belum? Kalau belum, cepat-cepatlah ke PPV berdekatan anda.

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli
Next Article "Bukan Rasis Tapi ...," - Video Lelaki Rasa 'Kembang Tekak' Makan Laksa Sarawak Di Kedai Cina Buat Netizen Geram “Bukan Rasis Tapi …,” – Video Lelaki Rasa ‘Kembang Tekak’ Makan Laksa Sarawak Di Kedai Cina Buat Netizen Geram

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?