• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli

Oleh
ILB - AI
24 Januari 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli

Jika berada dalam iklim sejuk, tak mustahil!

Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli. Peti ais dianggap sebagai barang penting yang mesti diperlukan di dalam sebuah rumah. Ia digunakan untuk menyimpan makanan dan memastikan makanan kita kekal segar.

Isi Isi Penting
  • Jika berada dalam iklim sejuk, tak mustahil!
  • Cuma menggunakan ais sahaja!
  • Buat ice box dengan hanya menggunakan ais sahaja!
  • Netizen kagum dengan peti ais semula jadi ini

Bagi seorang lelaki di Mongolia ini pula, peti sejuk istimewanya menjadi viral di Twitter apabila videonya yang memaparkan beliau membuat peti sejuk semula jadi yang diperbuat daripada ais menarik perhatian netizen!

Hanya Guna Ais, Lelaki Dari Mongolia Ini Mengagumkan Netizen Dengan Membuat Peti Sejuk Asli

Cuma menggunakan ais sahaja!

Dalam video salah satu video, anda boleh melihat lelaki itu membuat tong ais dengan meninggalkan tong berisi air semalaman untuk membeku. Beliau juga dilihat meletakkan sebuah mangkuk di atasnya untuk membuat bukaan.

Kredit foto: Twitter

Setelah air membeku, beliau menghaluskan bukaan dengan teliti dan kemudian mengeluarkan cecair berlebihan yang tidak membeku di dalam tong berkenaan. Selepas itu, beliau menuang sedikit air panas di sekeliling tepi untuk membolehkan ais itu tergelincir keluar dari tong!

Ais beku kemudiannya dihaluskan lagi dengan menggunakan seterika elektrik dan akhirnya, peti ais semula jadi tersebut siap! Lelaki itu kemudian memasukkan beberapa daging beku dalam peti ais ais berkenaan dan dilihat meletakkan sehelai sticker Energy Saver! Memang betul-betul energy saver ni, langsung tak pakai bekalan elektrik!

The man who built his own natural refrigerator in Mongolia. 👌pic.twitter.com/rDMFguoyki

— Figen (@TheFigen) January 22, 2022

Buat ice box dengan hanya menggunakan ais sahaja!

Dalam satu lagi video berasingan, lelaki itu dilihat membuat sebuah ice box daripada ais! Dalam video berkenaan, beliau dilihat membekukan air dalam beberapa dulang semalaman dan menyatukannya satu demi satu untuk mencipta sebuah kotak.

https://t.co/uCLMBViH1j

— BARIŞ GÖNÜLAÇAR (@brsgnlcr) January 22, 2022

Ini baru betul-betul DIY guys!

Netizen kagum dengan peti ais semula jadi ini

Rata-rata netizen kagum dengan peti ais semula jadi ini – dengan ramai menyatakan bahawa peti ais seperti ini memang menjimatkan tenaga.

Video tersebut yang telah dikongsikan sebanyak 2,892 kali dan mendapatkan like sebanyak 9,476 itu mempunyai komen seperti berikut:

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

“Ini adalah kecerdasan asli. Yang tiada kampus menyampaikan. Pembelajaran datang dengan melakukan.”

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Namun, terdapat juga netizen yang berpendapat bahawa ia adalah lebih baik untuk menggunakan peti sejuk elektrik:

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

And of course, ada juga netizen membuat komen yang menghiburkan seperti:

Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter

Untuk menjawab soalan seperti di atas, ia dikatakan ia adalah lebih selamat untuk menyimpan makanan di dalam peti ais kerana meninggalkannya di luar akan menggalakkan haiwan mencuri makanan tersebut.

Apakah pendapat anda tentang peti ais semula jadi ini? Jika anda berada di iklim sejuk, adakah anda ingin mencuba membuat peti ais semula jadi sendiri? Komen di bawah dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Orang Utan Berusia 26 Tahun Bawa Bayi Baru Lahir Yang Keempat Di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Kuching
Next Article Data Terbaharu Menunjukkan 3 Dos Vaksin Sinovac Berkesan Lawan Varian Omicron

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?