• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Dato Sri’ Terbabit Skandal Projek RM 250 Juta Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM

Oleh
Husna Hazmi
15 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000

‘Dato Sri’ Terbabit Skandal Projek RM 250 Juta Dibebaskan Dengan Jaminan SPRM. Dilaporkan, seorang pengarah syarikat pembinaan bergelar Dato Sri, yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes rasuah bernilai RM250 juta, telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Suspek, yang diwakili peguam Roger Chin dan Daniel Ling, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM50,000 tanpa deposit serta seorang penjamin tempatan. Beliau adalah salah seorang daripada tiga individu yang ditahan dalam siasatan ini, termasuk seorang Datuk dan jurutera awam Jabatan Kerja Raya (JKR).

'Dato Sri' Terbabit Skandal Projek RM 250 Juta Dibebaskan dengan Jaminan SPRM
‘Dato Sri’ Terbabit Skandal Projek RM 250 Juta Dibebaskan dengan Jaminan SPRM. Sumber gambar: Berita Harian

Dakwaan penyelewengan dalam pemberian 38 projek pembinaan

Kes ini membabitkan dakwaan penyelewengan dalam pemberian 38 projek pembinaan bernilai RM250 juta, yang didakwa dianugerahkan kepada 24 syarikat dikawal oleh suspek utama.

Penyiasatan kini tertumpu kepada transaksi kewangan yang mencurigakan, termasuk pengeluaran wang tunai RM13.7 juta melalui 459 transaksi cek. Pembayaran yang melibatkan empat syarikat yang berkaitan dengan suspek juga sedang disiasat.

Menurut SPRM, sebahagian daripada dana yang berkaitan dengan sindiket tersebut telah disita, dan usaha sedang dilakukan untuk mengesan baki aset serta wang tunai yang masih belum dijumpai.

Sumber gambar: Harian Metro

Pasukan penyiasat kini giat menjalankan pencarian dokumen, temubual saksi, serta mengumpul dokumen tender dan rekod kewangan untuk mengenal pasti individu lain yang mungkin terlibat.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009, yang melibatkan permintaan dan penerimaan rasuah. SPRM turut mengikuti jejak pembayaran kepada rakan subahat serta syarikat yang berkaitan, dan sedang merancang untuk menemu bual saksi utama bagi memperkukuhkan kes mereka.

Kes ini menjadi perbincangan hangat baru-baru ini kerana ia melibatkan dana besar dan ramai pihak ternanti-nanti perkembangan lanjut. Buat masa ini, SPRM menegaskan usaha mereka akan diteruskan sehingga semua pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

Lagi mengenai kes ini di sini:

Datuk Dan Pegawai Kerajaan Ditahan, Terlibat Rasuah Projek RM250 Juta Di Sarawak
‘Datuk’ Terlibat Rasuah Projek Mega Sarawak Dibebaskan, Penjawat Awam Masih Direman
SUMBER :DayakDaily
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penduduk Pedalaman Sabah Sarawak Cekal Tempuh Jalan Jauh Untuk Ke Klinik Kesihatan
Next Article Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?