Menelusuri jalan off-road menggunakan Ford ternyata sebuah pengalaman yang membuka mata
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo. Sebagai anak jati Sarawak, kami di I Love Borneo berpeluang merasai sendiri pengalaman luar biasa dengan kenderaan pacuan empat roda (4×4) next-gen SDAC-Ford dari Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Di acara ‘Live the Ranger Life’ ini, trak dan SUV Ford diuji di laluan off-road sebenar yang penuh cabaran. Pengamatan kami ke sini membuahkan beberapa perbandingan menarik antara laluan di Ipoh dan laluan mencabar di Borneo. Berikut adalah 5 perbezaan utama antara pengalaman off-road di Sg Bernam, Perak dan Borneo yang kami temui.
1. Ford Ranger Raptor – Penguasa Laluan Lasak di Ipoh Mahupun Borneo
Bayangkan diri anda berada di tengah-tengah laluan berbatu atau menuruni curam yang licin. Kini, tambahkan Ranger Raptor ke dalam imaginasi anda – sebuah trak yang bukan sahaja menakluk cabaran ini, tetapi melakukannya dengan penuh gaya. Itulah pengalaman yang kami hadapi semasa melalui jalan off-road di Sg Bernam, Perak. Dilengkapi enjin bi-turbo diesel 2.0 liter yang menghasilkan 213PS dan 500Nm tork, trak ini memberikan pengalaman pemanduan yang sukar ditandingi.
Suspensi FOX yang premium menggunakan teknologi canggih untuk menyerap hentakan, menjadikan perjalanan lancar walaupun anda meluncur di atas batu-batu besar atau permukaan tidak rata. Kata-kata yang paling kami ingat daripada instruktor kami adalah,
Jangan tekan brek. Hanya perlu kawal stereng. Trust the car.
Dalam hati, memang sudah ada rasa darah sejuk sampai ke kepala. Tetapi, teknologi terkini seperti Baja Mode dan mod kendalian 4×4 untuk pelbagai situasi benar-benar memberikan kawalan maksimum untuk pemanduan off-road. Kami tidak dapat berhenti membayangkan betapa sesuai Raptor ini untuk kawasan pedalaman Sarawak – seperti jalan balak di Kapit atau laluan berbukit di Bario. Apatah lagi, ianya lengkap dengan suis pra-instalasi yang memudahkan urusan modifikasi.
2. Ford Ranger Wildtrak dan XLT – Gaya, Mutu, Ketangkasan
Jika anda mahukan sesuatu yang lebih seimbang antara gaya yang macho dan kualiti ketangkasan, Ford Ranger Wildtrak adalah jawapannya. Begitu juga, Ford Ranger XLT memberikan alternatif yang lebih bajet tanpa mengorbankan keupayaan lasak untuk pemanduan harian atau aktiviti luar jalan. Dengan gabungan reka bentuk premium dan keupayaan lasak, ia adalah pilihan sempurna untuk mereka yang ingin bergayadi lebuh raya tetapi tetap bersedia untuk pengembaraan lasak di ceruk hutan dan lumpur.
Semasa mendaki dan menuruni bukit berlumpur di Sg Bernam, sistem kawalan cengkaman bekerja dengan memantau pergerakan roda secara berterusan. Jika roda mula tergelincir, sistem ini secara automatik mengagihkan kuasa ke roda dengan cengkaman yang lebih baik, memastikan kestabilan dan pemanduan yang selamat walaupun dalam keadaan licin. Awalnya, kami tidak yakin. Tetapi keupayaan Wildtrak dan XLT ini membuatkan kami mindblown seketika.
Di bahagian dalaman, Wildtrak menawarkan tempat duduk kulit yang elegan dan ruang kabin yang boleh memuatkan palet kayu penuh dan plug 3 pin, menjadikan Wildtrak ini sebuah kenderaan yang sesuai untuk penduduk yang sentiasa membawa muatan berat dari pedalaman ke kawasan pekan berdekatan.
Manakala, XLT pula menyediakan dalaman yang praktikal dan tahan lasak, sesuai untuk mereka yang fokus pada fungsi. Kami teringat betapa praktikalnya kedua-dua model ini untuk mereka yang perlu berulang-alik antara bandar dan kawasan luar bandar terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak – ia fleksibel, selesa, dan berprestasi tinggi.
3. Ford Everest Sport – SUV untuk Semua Keperluan
Lebuhraya Pan Borneo, itulah jalan yang sesuai untuk Ford Everest Sport. Apabila kami membawa kenderaan ini di lebuhraya dari Kuala Lumpur ke Ipoh, sejujurnya pemanduan ini sangat lancar dan lembut, membuatkan kami jatuh cinta dan ingin membawanya lari ke Borneo pula.
Dari kamera 360 darjah hingga brek kecemasan automatik, ciri keselamatan canggih pada SUV ini memberikan ketenangan sepanjang perjalanan. Serius, tak tipu.
Bagi kami, walaupun Everest Sport ini tidaklah selasak model Raptor dan Wildtrak, ianya sesuai untuk keluarga yang gemar meneroka lokasi semulajadi seperti dari Sandakan ke Lembah Danum di Sabah.
Everest Sport menawarkan ruang yang luas untuk tujuh orang penumpang. Tambahan pula, sistem infotainmen moden dengan skrin sentuh dan sokongan Apple CarPlay serta Android Auto menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan, sama ada untuk menggunakan navigasi peta atau mendengar muzik kegemaran sepanjang perjalanan.
Mengapa Ford 4×4 Sesuai untuk Sabah dan Sarawak
Sarawak terkenal dengan landskapnya yang unik dan mencabar, dari jalan berlumpur di ladang sawit di Samarahan hingga laluan berbatu di Gunung Murud atau kawasan berbukit di Bario. Di sinilah kenderaan seperti Ford 4×4 benar-benar bersinar.
- Ketahanan: Direka untuk menempuh keadaan cuaca ekstrem dan laluan yang sukar.
- Keselesaan: Walaupun lasak, dalaman Ford tetap premium dan selesa.
- Teknologi Canggih: Sistem pengurusan terrain dan kamera 360 darjah memudahkan pemanduan di kawasan sempit atau curam.
Uji Sendiri Kehebatannya
Pengalaman ini telah membuka mata kami bahawa kenderaan SDAC Ford bukan sekadar jenama kenderaan – ia adalah rakan pengembaraan yang memahami keperluan anda. Fungsinya direka berdasarkan keperluan dan kehendak yang selalu diingini oleh pemandu tegar off-road dan pemanduan lasak, tetapi tetap mengekalkan rasa premium dan selesa.
Jika anda ingin merasai sendiri kehebatannya, jangan ragu untuk membuat temujanji pandu uji di pengedar Ford terdekat. Anda boleh mencari lokasi pengedar melalui laman web rasmi Ford atau aplikasi mudah alih mereka, yang memberikan maklumat lengkap tentang pengedar berhampiran anda.
Fun Fact – Semua kenderaan pacuan empat roda di Borneo dipanggil ‘hailak’. Ini antara gelagat menarik pengguna kenderaan ini di Borneo