• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi ‘Magnet’ Pelancong Antarabangsa

Oleh
Ismail NA
27 Oktober 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

‘Living legend’ negara itu dipilih berdasarkan reputasinya yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi ‘Magnet’ Pelancong Antarabangsa. Industri pelancongan di Malaysia sememangnya kini semakin giat untuk dihidupkan semula sejak kelonggaran SOP dikuatkuasakan. Memandangkan sudah lebih 90% populasi dewasa di Malaysia sudah menerima suntikan vaksin, kini rakyat di negara ini berpeluang untuk kembali melancong.

Isi Isi Penting
  • ‘Living legend’ negara itu dipilih berdasarkan reputasinya yang dikenali di peringkat antarabangsa.
  • Diyakini bakal jadi daya penarik kepada pelancong luar serta pengikutnya
  • Apa kata Datuk Lee Chong Wei tentang Sabah?
  • Lagi destinasi menarik di Sabah yang wajib anda kunjungi :

Sehubungan itu, negeri Sabah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan semula negerinya menerusi pelantikan Datuk Lee Chong Wei sebagai Duta Pelancongan Sabah. Walaowei!

Pemilihan tersebut diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin.

Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi 'Magnet' Pelancong Antarabangsa
Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi ‘Magnet’ Pelancong Antarabangsa. Kredit foto : BERNAMA

Diyakini bakal jadi daya penarik kepada pelancong luar serta pengikutnya

Pemilihan tersebut adalah berdasarkan status Chong Wei yang merupakan ikon sukan yang dikenali di persada antarabangsa. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mempunyai peminat di seluruh pelusuk dunia dan diyakini bakal menjadi ‘magnet’ untuk menarik perhatian pelancong luar ke Sabah.

Datuk Lee Chong Wei dilantik menjadi Duta Pelancongan Sabah bermula bulan Oktober 2021 sehingga Disember 2022. Dengan pemilihan ikon badminton negara itu, kerajaan Sabah berharap agar dapat memulihkan kembali industri pelancongan selepas terjejas teruk akibat pandemik.

Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi 'Magnet' Pelancong Antarabangsa
Taman Marin Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu Sabah. Kredit : Nora Carol Photography via Getty Images

Melalui kerjasama itu, Datuk Lee Chong Wei berserta keluarganya bakal menikmati sendiri keindahan dan keunikan yang ada di Sabah sekaligus dapat mempromosikan negeri di bawah bayu ini kepada pengikutnya sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Selain kerjasama untuk menjadi duta pelancongan Sabah, kerajaan Sabah juga mengambil kesempatan ini untuk menjalinkan kerjasama dengan Datuk Lee Chong Wei dari aspek pembangunan sukan badminton. Hasil perbincangan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama ikon negara itu juga telah mencetuskan idea penubuhan Akademi Datuk Lee Chong Wei di Sabah.

Apa kata Datuk Lee Chong Wei tentang Sabah?

Mengulas mengenai pelantikannya, beliau amat berbesar hati kerana terpilih untuk mempromosikan negeri tersebut oleh kerajaan Sabah sendiri.

Jelasnya lagi, sewaktu mengikuti pertandingan di Taiwan dan China ketika masih bergelar atlet dahulu, ramai orang luar yang mengenali Sabah sebagai destinasi pelancongan di Malaysia dan mereka sangat gemar bercakap tentangnya.

“Negeri ini (Sabah) sangat cantik. Mudah-mudahan saya dapat membawa keluarga bercuti di sini dan menguar-uarkan keindahan dan keunikan pelancongan di Sabah,”

Datuk Lee Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi 'Magnet' Pelancong Antarabangsa
Maragang Hill, Kundasang Sabah.
Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi 'Magnet' Pelancong Antarabangsa
Makanan laut segar di Sabah. Kredit foto : Youtube MSBD Badrie

Semalam, Datuk Lee Chong Wei turut dikurniakan Pingat Jaksa Pendamai (JP) sempena Ulang Tahun ke-68 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Tahniah diucapkan buat Datuk Lee Chong Wei! Semoga beliau dapat mengangkat lagi nama Sabah sebagai destinasi pelancongan ulung di Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

Lagi destinasi menarik di Sabah yang wajib anda kunjungi :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Remaja Berusia 15 Tahun Di Mukah Ditahan, Didapati Membawa Dadah Metamfetamin Remaja Berusia 15 Tahun Di Mukah Ditahan, Didapati Membawa Dadah Metamfetamin
Next Article Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?