• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
28 Oktober 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek mengaku telah melakukan hubungan seks dengan mangsa.

Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching. Dilaporkan bahawa, seorang remaja lelaki telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas didakwa merogol seorang gadis bawah umur, berusia 14 tahun sehingga menyebabkannya hamil.

Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching
Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching

Suspek merupakan remaja lelaki yang berusia 16 tahun

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, suspek merupakan remaja lelaki yang berusia 16 tahun dan telah ditangkap di Balai Polis Kota Sentosa selepas diminta hadir menyerah diri sekitar jam 1.50 tengah hari, semalam.

Beliau telah menjelaskan bahawa kejadian tersebut terbongkar setelah mangsa hadir membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Batu Kawa dan disahkan mengandung pada bulan September tahun ini.

“Pada September 2021, mangsa telah membuat pemeriksaan di klinik Batu Kawa dan disahkan mengandung menyebabkan pihak klinik menasihati mangsa membuat laporan polis.

“Hasil siasatan mendapati suspek mengaku ada melakukan hubungan seks dengan mangsa pada Januari tahun ini,” jelas beliau menerusi satu kenyataan, semalam.

Gara-Gara Kantoi Hamil, Remaja Lelaki Rogol Gadis 14 Tahun Diberkas Polis Di Kuching

Menurut beliau, suspek kini ditahan reman untuk siasatan yang lebih lanjut di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sebagai kes rogol.

Sementara itu, mangsa kini difahamkan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk pemeriksaan kesihatan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Datuk Lee Chong Wei Dilantik Jadi Duta Pelancongan Sabah, Berpotensi Jadi ‘Magnet’ Pelancong Antarabangsa
Next Article Sentuhan Minimalis Dan Klasik, Ini 3 Kedai Kopi Indie Yang Unik Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?