• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu

Oleh
Farisha
3 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan di Kota Kinabalu – Ikan Todak Pun ‘Upgrade’

DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu. Pemandangan bandaraya Kota Kinabalu bakal mengalami perubahan apabila Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengumumkan projek naik taraf tiga bulatan utama di bandar ini.

Projek ini turut melibatkan penggantian replika ikan todak yang selama ini menjadi ikon pelancongan.

DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu
DBKK Naik Taraf Tiga Bulatan Di Kota Kinabalu, Replika Ikan Todak Bakal Diganti Baharu. Sumber foto: Sabah Media

Bulatan Mana Yang Terlibat?

Menurut kenyataan rasmi DBKK, tiga bulatan yang akan dinaik taraf adalah:

  • Bulatan Ikan Marlin (Bulatan Todak) di Jalan Tun Fuad Stephens.
  • Bulatan Bangau di Jalan Tugu.
  • Bulatan Wisma Perkasa (Bulatan Bunga Raya) di Jalan Tun Fuad Stephens.

Replika Ikan Todak Ditukar Baharu

Mesti ramai yang perasan bahawa replika ikan todak di bulatan Ikan Marlin sudah agak uzur. Nah, inilah sebabnya! Replika ikonik itu akan diganti dengan yang baharu bagi memastikan bandaraya Kota Kinabalu terus mengekalkan daya tarikan uniknya.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar dan video replika ikan todak itu diangkat oleh sekumpulan pekerja menggunakan lori. Ramai yang berasa nostalgia melihat ikon itu ‘berpindah’ setelah bertahun-tahun menjadi lokasi wajib bergambar pelancong.

Bila Projek Ini Akan Selesai?

Menurut DBKK, kerja-kerja naik taraf telah bermula pada 21 Februari lalu dan dijangka siap pada 17 April depan. Dalam tempoh ini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan mengikuti arahan papan tanda amaran bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan keselamatan semua.

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan mengenai replika Ikan Todak sebelum ini pernah dilanggar oleh pihak tidak bertanggungjawab:

Replika Ikan Todak Di Tuaran Runtuh Dilanggar, Pihak Bertanggungjawab Diminta Hadir Buat Laporan

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Dialihkan Ke Satu Lorong, Sebahagian Jalan Canna Ditutup Selama Sebulan Jalan Dialihkan Ke Satu Lorong, Sebahagian Jalan Canna Ditutup Selama Sebulan
Next Article Tiga Lelaki Ditahan Kerana Merekrut Pemegang Akaun Bank Untuk Penipuan Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?