Sebahagian jalan menuju ke TT3/ Northbank ditutup sebahagian hingga 2 April 2025
Jalan Dialihkan Ke Satu Lorong, Sebahagian Jalan Canna Ditutup Selama Sebulan. Para pengguna jalan raya yang sering menggunakan Jalan Canna dinasihatkan untuk bersabar dan mematuhi arahan lalu lintas kerana satu bahagian jalan tersebut akan dialihkan ke satu lorong selama sebulan bermula hari ini.
Menurut Sarawak Metro Sdn Bhd dalam satu hantaran di Facebook, lencongan jalan ini adalah sebahagian daripada kerja-kerja pembinaan bagi Projek Kuching Urban Transportation System (KUTS) Blue Line Package 2 yang menghubungkan The Northbank ke Hikmah Exchange.

Jalan ditutup mulai 9 pagi hingga 4 petang
Kerja pemotongan pokok di bahu jalan menjadi sebab utama penutupan separa ini, yang akan berlangsung setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, bermula 3 Mac hingga 2 April.
Jalan Terlibat Bahagian jalan yang terlibat dalam lencongan ini ialah laluan menghala ke The Northbank dan Tabuan Tranquility (TT3). Pengguna jalan raya disarankan untuk merancang perjalanan mereka dengan lebih awal bagi mengelakkan kelewatan atau kesesakan lalu lintas.
Patuh Arahan Keselamatan Sarawak Metro turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi langkah-langkah pengurusan trafik, memerhati papan tanda amaran, serta mengikuti had laju yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan pekerja pembinaan.
Pihak syarikat juga memberi jaminan bahawa sebarang perubahan berkenaan lencongan jalan ini akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.
Untuk maklumat lanjut, pengguna jalan raya boleh mengikuti kemas kini daripada Sarawak Metro melalui media sosial atau sumber rasmi yang berkaitan.

