• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demam Babi Afrika Ragut Hampir 100 Ekor Babi Berjanggut Borneo Di Sabah

Oleh
ILB - AI
18 Mac 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

100 ekor babi berjanggut borneo ditemui mati lagi di Sabah

Demam Babi Afrika Ragut Hampir 100 Ekor Babi Berjanggut Borneo Di Sabah. Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga berkata sekurang-kurangnya 100 ekor babi liar di hutan simpanan Sabah ditemui mati sehingga hari ini akibat Demam Babi Afrika ( African Swine Fever)

Katanya, hampir setiap hari pihaknya menemui sekurang kurangnya seekor bangkai babi hutan daripada spesies Babi Berjanggut Borneo sejak penemuan 14 bangkai haiwan itu di Kinabatangan antara Disember dan Januari tahun lepas.

Demam Babi Afrika Ragut Hampir 100 Ekor Babi Berjanggut Borneo Di Sabah
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga

“Pada awal siasatan, pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah tidak menemukan tanda virus ASF pada bangkai babi liar yang ditemukan (di Kinabatangan). Kini, telah disahkan bahawa haiwan tersebut mati akibat ASF susulan penemuan virus itu pada bangkai babi domestik di Pitas, (yang diisytihar kawasan penularan ASF pada 23 Februari lepas) dan virus itu telah pun merebak ke kawasan lain di Sabah,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Rabu.

Augustine berkata, punca penularan virus itu terhadap haiwan berkenaan masih dalam siasatan.

Menurutnya, penularan virus itu berupaya memberi kesan buruk kepada ekonomi Sabah termasuk usaha kerjaan negeri memelihara hutan dan hidupan liar di Sabah walaupun virus ASF itu tidak menjangkiti manusia.

Pembekuan permit memburu telah dilakukan sejak tahun lepas buat sementara ini oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah.

Demam Babi Afrika Ragut Hampir 100 Ekor Babi Berjanggut Borneo Di Sabah
Demam Babi Afrika Ragut Hampir 100 Ekor Babi Berjanggut Borneo Di Sabah. Gambar Ihsan The Pig Site

Daerah yang terkesan oleh ASF

Susulan penularan ASF di negeri ini, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah memberitahu, kerajaan negeri mengisytihar daerah yang terkesan sebagai kawasan penularan ASF mengikut Enakmen Haiwan 2015.

Antara daerah yang terjejas oleh ASF ialah Pitas dan Kota Marudu, membabitkan babi domestik, serta Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran, Telupid dan Sandakan, membabitkan babi liar.

Pengisytiharan itu akan membolehkan DVS menjalankan langkah kawalan penularan virus itu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, termasuk melupuskan babi sama ada domestik mahupun liar.

Baca juga artikel berkenaan African Swine Flu di Sabah :


Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kerajaan Sarawak : Tiada Halangan Untuk Penganut Kristian Menggunakan Kalimah 'Allah' Kerajaan Sarawak : Tiada Halangan Untuk Penganut Kristian Menggunakan Kalimah ‘Allah’
Next Article TERKINI: 2 Kluster Baru Dilaporkan Hari Ini, Kes COVID-19 Di Sarawak Kedua Tertinggi Di Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?