• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta

Oleh
Nazihah AN
8 April 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta

“Awak memang cekal… cikgu doakan awak sukses satu hari nanti.” – Netizen

Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta. Tiada capaian internet di kawasan rumahnya, pelajar dari Sabah ini sanggup memandu keluar dari kampungnya untuk mengikuti Pembelajaran Jarak Jauh (ODL).

Isi Isi Penting
  • “Awak memang cekal… cikgu doakan awak sukses satu hari nanti.” – Netizen
  • Sanggup memandu dari kampung ke kampung semata-mata mendapatkan capaian internet yang baik
  • Syukur Anis dapat pensyarah yang prihatin
  • Lagi di sini:

Anis Arina Aqilah Roslee yang merupakan pelajar semester ke-6 di Universiti Pendidikan Sultan Idris, telah berdepan dengan kesukaran untuk mengikuti Pembelajaran Jarak Jauh, setelah menara telekomunikasi di daerah Telupid, Sabah rosak akibat terbakar.

Menurut Free Malaysia Today, menara telekomunikasi di kampungnya di Telupid, Sabah musnah dalam kebakaran pada 25 Mac lalu dan telah memutuskan liputan internet di kawasan itu.

Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta
Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta. Tangkapan layar dari Tiktok @nisa_rinaa

Sanggup memandu dari kampung ke kampung semata-mata mendapatkan capaian internet yang baik

Tidak ingin ketinggalan pelajaran, pelajar ini sanggup memandu dari kampung ke kampung hampir setiap hari semata-mata mahu mengikuti kelas dalam taliannya. Malah pelajar itu juga pernah memandu sejauh 130 km untuk mendapatkan capaian internet yang baik.

Jelas Anis kepada pihak media FMT, penduduk kampung telah membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab berkenaan dengan menara telekomunikasi tersebut. Bagaimanapun, mereka difahamkan bahan mentah yang digunakan untuk menara pencawang itu perlu dibawa dari Semenanjung.

@nisa_rinaa Reply to @qill_s9 Nisa nak share my other lecturer pulak 🥺. I'm so blessed that all of my lecturer's sangat² ambik berat and considerate ❤️. yg last tu ganas sikit, Fon nazak dah #fypp #fyp #foryoupage ♬ original sound – Nisa Rina IV

Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta
Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta. Tangkapan layar dari Tiktok @nisa_rinaa

Syukur Anis dapat pensyarah yang prihatin

Baru-baru ini, terdapat salah satu video Tiktok Anis yang telah mendapat perhatian netizen, di mana Anis terpaksa duduk di dalam bonet kereta hanya untuk mengikuti kelas dalam talian.

Dalam video tersebut, Anis turut berkongsi bagaimana pensyarahnya memberi reaksi terhadapnya. Anak sulung dari tiga beradik ini nampak sangat terharu dan bersyukur kerana pensyarah yang mengajarnya sangat mengambil berat dan prihatin tentang situasinya.

Pensyarah juga meyakinkan Anis itu supaya tidak bimbang tentang kehadirannya, dan juga memberi semangat kepada Anis itu untuk tidak berputus asa, dan memuji gadis itu kerana ketekunannya dalam kelas.

Semoga Allah permudahkan segala urusan Anis Arina Aqilah Roslee dan pensyarahnya yang sangat prihatin dengan keadaan pelajarnya. Berharap agar pihak yang bertanggungjawab segera selesaikan masalah talian komunikasi yang dialami oleh penduduk kampung Telupid, Sabah.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard
Next Article Sebar Video Bogel Teman Wanita Bawah Umur Dari Miri Di Instagram, Remaja Lelaki Ditahan Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?