• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard

Oleh
Husna Hazmi
8 April 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Alyssa bakal melanjutkan pengajiannya di Harvard pada Ogos tahun ini.

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard. Memasuki Universiti nombor 1 paling berprestij di dunia ini bukanlah perkara yang mudah, namun anak kelahiran Kuching, Sarawak, Alyssa telah membuktikan kepada kita semua bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard
Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard.

Hasil daripada penulisan mengenai keunikan bahasa serta etnik di Sarawak

Hasil daripada penulisan mengenai keunikan bahasa serta etnik di Sarawak telah melayakkan Alyssa Yap Xin Yi terpilih sebagai seorang pelajar Universiti Harvard di Amerika Syarikat dalam bidang Neurosains dan Linguistik.

Merupakan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road dan berusia 20 tahun, Alyssa sememangnya mengagumi penggunaan bahasa di kalangan rakyat Sarawak yang berbilang bangsa sekaligus menggambarkan perpaduan antara mereka.

Menurut dirinya, kemasukkannya ke Harvard itu tidak hanya bergantung dengan keputusan perperiksaan semata-mata. Alyssa dikehendaki menulis beberapa essay kepada pihak universiti untuk mengenali pemohon dengan lebih holistik selain dinilai melalui temu bual secara maya.

“Semasa ditemu bual oleh pihak Universiti Harvard, saya menceritakan serba sedikit latar belakang saya di Sarawak yang mana kita ada bahasa Sarawak, Hokkien, Hakka, Melayu dan sebagainya dan ini penting kerana berkaitan dengan essay yang saya tulis mengenai linguistik di negeri ini.

“Saya tertarik dengan penggunaan pelbagai bahasa di negeri ini dan ia antara faktor mengapa saya memilih bidang neurosains dan linguistik, saya ingin tahu bagaimana kanak-kanak berupaya memahami gaya bahasa serta mempelajari bahasa yang pelbagai secara automatik,” katanya ketika ditemu bual Astro Awani melalui aplikasi Zoom pada Khamis, semalam.

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard
Kredit gambar: Astro Awani

Merupakan Presiden Debat

Selain itu, pihak universiti juga menilai prestasinya dalam kokurikulum di mana dirinya merupakan Presiden Debat Anglo-Chinese Junior College (ACJC) dan Komuniti Pidato.

“Aktiviti kokurikulum membentuk kita sebagai seorang individu yang hebat, berwawasan serta mempunyai perpektif pemikiran bersifat global.

“Semua kemahiran ini sangat penting untuk membantu saya menghadapi temu bual atau menjadi sumber ilham dalam penulisan, bukannya semata-mata mendapatkan nilai ‘A’ dalam pelajaran,” katanya.

Selepas menamatkan tingkatan lima, Alyssa menyambung pengajian A-Level di ACJC selama dua tahun di bawah tajaan Pra-Universiti ASEAN sebelum membuat permohonan ke Universiti Harvard pada pertengahan Disember 2021.

Mewakili anak muda di Sarawak, Alyssa juga berpesan agar anak muda di luar sana sentiasa berani mencuba semua peluang yang ada tanpa perlu takut dan bersikap proaktif mencari inisiatif yang telah disediakan.

Penulisan Alyssa Mengenai Keunikan Bahasa Serta Etnik Di Sarawak Berjaya Tarik Perhatian Harvard
Kredit gambar: Astro Awani

“Saya percaya ramai anak Sarawak yang berbakat di luar sana tetapi mereka masih takut untuk mencuba, jadi kalau mereka ada impian, mereka mesti mencuba sejauh mana mereka boleh pergi, lebih baik ada satu peratus peluang daripada kosong.

“Mungkin ada yang tidak mempunyai akses kepada maklumat mengenai inisiatif-inisiatif berkenaan tetapi terdapat pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sedia membantu dalam merapatkan jurang pendidikan di Sarawak dan masyarakat umum amnya,” katanya.

Baru-baru ini, Malaysia telah mencatat sejarah baru apabila enam pelajar dari negara ini berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard bagi sesi pengajian tahun 2022 yang dijangka bermula pada suku keempat tahun ini.

Bakal bertolak ke Amerika Syarikat pada Ogos depan, Alyssa akan ditemani lima lagi pelajar Malaysia antaranya Chooi Je Qin dari Johor, Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang, Carisma Michaela Wong dari Sabah serta Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pesawat Kargo DHL Terbelah Dua Semasa Pendaratan Cemas di Lapangan Terbang Costa Rica
Next Article Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta Demi Dapatkan Capaian Internet, Pelajar Dari Sabah Ini Cekal Mengikuti ODL Di Dalam Bonet Kereta

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?