• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar

Oleh
Aina Musa
25 September 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi 'Scammer' Di Myanmar

Gara-gara terpedaya gaji lumayan

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer‘ Di Myanmar. Seramai lapan rakyat Sarawak dilaporkan menjadi mangsa penipuan tawaran pekerjaan di Myanmar yang didakwa dipaksa menjadi “scammer” di negara berkenaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, setakat ini Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak telah menerima tiga laporan polis berhubung dengan tawaran kerja di luar negara dan kesemua mangsa berumur antara 25 tahun ke 35 tahun telah dipaksa bekerja sebagai scammer di Myanmar.

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi 'Scammer' Di Myanmar
Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi ‘Scammer’ Di Myanmar. Kredit: Harian Metro

“Laporan pertama dibuat pada 21 September 2023 yang melibatkan dua lelaki melayu di Tanjung Manis, laporan kedua pada 22 September 2023 di daerah Julau libatkan mangsa seorang lelaki iban, manakala laporan ketiga dari Daerah Sibu melibatkan lima lelaki cina.

“Kesemua mangsa mendapat tawaran pekerjaan melalui aplikasi media sosial Facebook untuk bekerja di Thailand dan ditawarkan gaji sekitar RM3,000 sehingga RM6,000 seorang,” katanya hari ini.

Tambahnya, menurut maklumat yang diterima mangsa tidak mengetahui apakah jenis pekerjaan yang ditawarkan.

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi 'Scammer' Di Myanmar

“Maklumat yang diterima juga mengatakan setibanya di Thailand, kesemua mangsa seterusnya dibawa ke Myanmar dan dipaksa bekerja sebagai scammer dan sekiranya mereka tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak majikan mereka akan didenda dan didera serta diugut akan dijual kepada ejen yang lain,” jelasnya.

Menurut Azman, kesemua mangsa tidak dibenarkan berhubung dengan mana-mana ahli keluarga dan mangsa hanya dapat menghubungi ahli keluarga secara bersembunyi.

“Setelah laporan polis dibuat berkaitan kes, laporan tersebut telah dirujuk ke Cawangan D3 Atipsom PDRM di mana kes tersebut disalurkan ke pihak Interpol, Aseanapol bagi tujuan membantu untuk mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa yang terlibat.

“Pihak PDRM juga telah membuat pemakluman kepada Konsulat dan Kementerian Luar Negeri bagi membantu untuk mempercepatkan proses menyelamat dan usaha untuk membawa pulang kesemua mangsa yang terlibat,” ujarnya.

Demi Kejar Gaji Besar, 8 Anak Sarawak Didera Dan Dipaksa Jadi 'Scammer' Di Myanmar

Tegasnya, siasatan juga akan dijalankan di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan orang dan Antipenyeludupan Migran (Akta 670).

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima belas tahun, dan boleh juga dikenakan denda,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja yang diterima yang menawarkan gaji lumayan baik di luar negara mahupun di dalam negara.

“Mohon semak kesahihan dan maklumat berkenaan bakal majikan dengan Kementerian Luar Negeri dan pastikan kontrak dan perjanjian jelas sebelum menerima sebarang tawaran pekerjaan.

“Sekiranya terdapat ahli keluarga yang terperangkap dengan sindiket penipuan tersebut, mangsa boleh meminta bantuan daripada pihak berkuasa tempatan, perwakilan atau kedutaan Malaysia di tempat tersebut atau ahli keluarga membuat laporan polis,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Terpedaya Gaji Lumayan, Lelaki Dari Sarikei ‘Terperangkap’ Di Myanmar Dipaksa Jadi Scammer
Pesara Guru Di Sibu Rugi RM207,000, Terpedaya Panggilan Telefon Scam
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dinding Berlumut Siap Pakej Jejentik, Individu Kecewa Dapat Owner Homestay 'Hauk' Di Kuching Dinding Berlumut Siap Pakej Jejentik, Individu Kecewa Dapat Owner Homestay ‘Hauk’ Di Kuching
Next Article Hasil Teknologi AI, Gambar Lucah Remaja Perempuan Disebar Di Media Sosial

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?