“Worst homestay ever pernah book seumur hidup” – ujar individu tersebut
Dinding Berlumut Siap Pakej Jejentik, Individu Kecewa Dapat Owner Homestay ‘Hauk’ Di Kuching. Seorang wanita meluahkan kekecewaannya terhadap sebuah homestay yang terletak di Kuching, Sarawak menerusi laman Facebook miliknya.
Ia mendapat perhatian ramai setelah dia mendakwa pengalaman terburuk dalam pemesanan homestay seumur hidupnya.
Dalam kongsian tersebut, beliau telah menyertakan beberapa tangkapan skrin dari perbualan antara dirinya dengan pemilik rumah tersebut.
Dalam perbualan tersebut, penghuni awalnya sudah menzahirkan kerisauannya berkenaan dengan keadaan rumah setelah melihat beberapa gambar yang menunjukkan keadaan rumah yang kurang memuaskan. Ini termasuk aircond yang tidak berfungsi dan keadaan tandas yang perlu dicuci sendiri sebelum digunakan.
Namun, pemilik rumah tersebut menafikan dakwaan penghuni dan mengatakan hanya aircond di ruang tamu sahaja yang rosak. Pemilik rumah juga berdalih bahawa dia jarang ke Kuching dan sebelum ini rumah tersebut sentiasa bersih.
Apabila penghuni meminta potongan harga berikutan keadaan rumah yang tidak memuaskan, pemilik rumah bertindak kasar dengan menyarankan penghuni mencari hotel lain atau meninggalkan rumah tersebut. Pemilik rumah juga enggan menjawab panggilan daripada penghuni dan memberikan nombor telefon wakilnya untuk berurusan.
Selain dari perbualan, penghuni turut menyertakan gambar-gambar yang menunjukkan keadaan rumah ketika mereka ‘check in’. Gambar-gambar tersebut menunjukkan keadaan yang sangat berbeza daripada iklan yang dipaparkan di media sosial.
Antara kongsian penghuni:

Pengalaman buruk ini menjadi satu amaran kepada mereka yang ingin membuat pemesanan homestay supaya lebih teliti dalam membuat pilihan dan sentiasa mendapatkan maklum balas dari penghuni-penghuni sebelumnya.
