• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG

Oleh
ILB - AI
29 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG

“Turun 10kg dan saya akan belikan awak PS5,” – isteri

Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG. Seorang lelaki dari Thailand baru-baru ini berkongsi perjalanan penurunan berat badannya yang berjaya di Facebook.

Tetapi tahukah anda apa motivasinya untuk menurunkan berat badan? Sebuah PlayStation 5 (PS5) yang dijanjikan oleh isterinya!

Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG
Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG

Berkongsi foto ‘sebelum’ dan ‘selepas’

Lelaki berkenaan, Prab Laoharojanaphan, berkongsi gambar ‘sebelum’ dan ‘selepas’ nya menerusi Facebook mengenai penurunan berat badannya.

Apabila isteri awak berkata, “turun 10kg dan saya akan belikan awak PS5,””

katanya dalam kapsyen.

Bermotivasi untuk mendapatkan ganjarannya itu, beliau memandang serius cabaran isterinya dan menjalani senaman dan pelan diet selama 4 bulan bagi menurunkan berat badan sebanyak 10kg.

Beliau turut berkongsi tips yang membantunya untuk turun berat badannya, iaitu “puasa berselang-seli: bermula dari 16 – 8, kemudian secara beransur-ansur mengurangkan masa makan masing-masing kepada 18 – 6 dan 20 – 4.”

Difahamkan, beliau kini bergantian antara 20 – 4 pada satu hari dan satu hidangan setiap hari pada hari berikutnya – bermakna beliau hanya akan makan dalam tempoh masa 4 jam dan berpuasa untuk 20 jam yang lain.

Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG
Gambar sekadar hiasan.

Ikut kesesuaian badan

Sementara itu, beliau juga mengesyorkan berselang-seli antara latihan kardio dan kekuatan untuk bersenam.

Untuk dietnya pula, beliau mencadangkan 80% diet keto dengan 20% hidangan treats, sambil menyatakan untuk “menghargai masa ketika makan bersama rakan-rakan atau majlis-majlis khas lain.”

Demi PS5 Yang Dijanjikan Isteri, Lelaki Ini Turun Berat Badan 10KG
Gambar sekadar hiasan.

Beliau juga menekankan kepentingan membaca buku The Obesity Code – Unlocking the Secrets of Weight Loss oleh Dr. Jason Fung.

Katanya tentang buku ini, “kita perlu pengetahua tertentu untuk memahami punca kompleks obesiti dan menggunakan pengetahuan tersebut bagi mencipta strategi yang sesuai dengan badan dan gaya hidup kita sendiri.”

Syabas diucapkan kepada beliau atas pencapaian ini! Semoga isterinya laju2 bagi reward! Bagi mereka yang ingin mencuba diet ini, sila rujuk kepada doktor anda untuk mendapatkan nasihat sama ada ia sesuai untuk anda.

Lagi di sini:

Rezeki Datang Melayang, Pengguna Jalan Raya Bantu Kutip ‘Duit Terbang’ Berjumlah RM 12K
Apple Watch Budak Ini Kesan Tekanan Jantung Luar Biasa, Rupa-Rupanya Menghidap Kanser
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hospital Umum Sarawak Kini Terima Transaksi Pembayaran Tanpa Tunai Hospital Umum Sarawak Kini Terima Transaksi Pembayaran Tanpa Tunai
Next Article Rasa Macam Dalam Flight, Lagi Sekali Tour Guide Kuching Ini Buat Netizen Kagum Rasa Macam Dalam Flight, Lagi Sekali Tour Guide Kuching Ini Buat Netizen Kagum

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?