• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga

Oleh
Nazihah AN
25 Mac 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga

Ibu tunggal sanggup meredah bukit setinggi 200 meter demi menjual sayur kampung dalam talian

Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga. Seorang ibu tunggal terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer meredah bukit setinggi 200 meter untuk melayari talian berikutan ketiadaan internet di Limbang Kampng Ulak demi menjual sayur-sayuran.

Isi Isi Penting
  • Ibu tunggal sanggup meredah bukit setinggi 200 meter demi menjual sayur kampung dalam talian
  • Belum sempat jual sayur, dah layu
  • Lagi menyedihkan, setiap kali telefon pintar dibuka untuk mencari capaian namun yang tertera hanya rangkaian Internet dari negara jiran. 
  • Lagi di sini:

Dipetik dari Utusan Borneo, Nurul Emma Mahfuzah, merupakan ibu tunggal dari 5 anaknya terpaksa mencari capaian internet untuk menjual sayur-sayuran demi menyara keluarganya.

Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga
Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga. Sumber gambar: Utusan Borneo

Belum sempat jual sayur, dah layu

“Apabila gangguan Internet kembali berlaku, belum sempat jual sayur sudah layu, memang menjejaskan pendapatan bagi ibu tunggal seperti saya”
Nurul Emma Mahfuzah – Utusan Borneo

Emma menggunakan laman sosial dan juga aplikasi Whatsapp untuk iklankan sayur-sayurnya untuk dijual. Ketiadaan internet di Kampung Ulak sejak Ahad lepas telah menyebabkan ibu tunggal tersebut terpaksa ulang alik dari bukit untuk mencari capaian internet. Hal ini turut menjejaskan pendapatan harian buat ibu tunggal ini.

“Mungkin bagi orang lain RM2 itu tidak bernilai tetapi bagi saya wang sebanyak itu dapat menampung perbelanjaan saya dan lima anak saya,”

Ibu tunggal berumur 32 tahun tersebut turut menyatakan bahawa selain pendapatannya terjejas akibat tidak dapat menjual sayur, proses pembelajaran di rumah juga turut terganggu, kongsinya kepada media Utusan Borneo.

Pembelajaran anak-anaknya terutama anak sulungnya yang bakal memasuki Tingkatan 1 turut terganggu kerana tidak dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Rumah (PdPR).

Pada hari pertama gangguan itu, kekurangan akses internet telah dilaporkan kepada pihak berkenaan dan pengguna dinasihatkan untuk menghidupkan semua internet pada telefon mereka.

Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga
Sumber gambar: Utusan Borneo

Lagi menyedihkan, setiap kali telefon pintar dibuka untuk mencari capaian namun yang tertera hanya rangkaian Internet dari negara jiran. 

Walaupun masalah internet telah dilaporkan kepada pihak yang berkenaan sejak hari pertama terputus, namun tiada pembaikan dilakukan sehingga kini terutama melihat menara telekomunikasi di Kampung Binjai berhampiran kampung mereka.

Semoga masalah yang diatasi oleh ibu tunggal dan anak-anaknya diselesaikan secepat mungkin. Internet sangat penting, terutamanya buat murid-murid yang sedang menjalani PdPR. Pihak berkuasa tidak sepatutnya membiarkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba
Next Article Adakah Anda Penggemar Anime? Jom Ke ANICON 2022 Yang Sedang Berlangsung Di Vivacity Megamall! Adakah Anda Penggemar Anime? Jom Ke ANICON 2022 Yang Sedang Berlangsung Di Vivacity Megamall!

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?