• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba

Oleh
Nazihah AN
25 Mac 2022
Kongsi
2 Min Bacaan
Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba

Anggota bomba berjaya membawa seorang pelajar universiti turun dari Bung Muan dengan selamat pada lewat malam tadi.

Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba. Menurut The Borneo Post, pelajar tersebut dipercayai mengalami sesak nafas ketika mendaki di gunung Bung Muan bersama rakannya dan mendakwa tidak mampu untuk meneruskan pendakian petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan pada sekitar 3.29 petang dan pasukan dari Balai Bomba Bau dikerahkan ke lokasi kejadian untuk memulakan operasi menyelamat.

Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba
Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba. Kredit gambar: FB Sarawak Update LIVE

Sesak Nafas Semasa Mendaki Gunung Bung Muan, Pelajar Ini Berjaya Diselamatkan Pihak Bomba
Kredit gambar: FB Bilik Berita CATS – BBcats

Difahamkan sekumpulan pelajar yang mendaki tersebut terdiri daripada tiga perempuan dan lima lelaki.

“Ia mengambil masa kira-kira dua setengah jam pendakian untuk penyelamat untuk sampai ke kumpulan itu,” kata pengarah Bomba Sarawak Datu Khirudin Drahman.

Dilaporkan bahawa pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 2 jam 30 minit untuk sampai di lokasi keberadaan mangsa dan berdepan kesukaran menurunkan mangsa kerana laluan curam dan sempit.

Beliau juga menambah ‘trail‘ nya yang agak mencabar menyukarkan operasi penyelamat, terutamanya apabila memindahkan mangsa seberat 110kg ke atas pengusung.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau Tawang Linggem turut memaklumkan mangsa berusia 18 tahun berjaya dibawa turun dari gunung tersebut sekitar jam 10.20 malam dan dihantar ke hospital oleh abangnya untuk rawatan lanjut. Manakala tujuh rakan mangsa termasuk tiga wanita dilaporkan selamat.

Sementara itu, operasi penyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.30 malam.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Disangka Ada Niat Jahat, Rupa-Rupanya Van Viral Yang Mencari Kanak-Kanak Di Serian Pengedar Buku Teks Disangka Ada Niat Jahat, Rupa-Rupanya Van Viral Yang Mencari Kanak-Kanak Di Serian Pengedar Buku Teks
Next Article Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga Demi Whatsapp, Ibu Tunggal Di Limbang Ini Sanggup Redah Bukit Untuk Jual Sayur Sara Keluarga

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?