• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Denda RM100k Atau Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Dan Merbahaya

Oleh
ILB - AI
15 Februari 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Individu yang didapati bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadang dikenakan hukuman denda sehingga RM100,000. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman terhadap kesalahan itu dengan hukuman penjara bagi pesalah akan turut ditingkatkan kepada 20 tahun berbanding 10 tahun ketika ini.

Denda RM100k Atau Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Dan Merbahaya

“Kerajaan sedang merangka untuk meminda hukuman bagi Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) bagi mereka yang menyebabkan kemalangan sehingga berlaku kematian apabila memandu dalam keadaan mabuk,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi lima beradik yang kehilangan bapa mereka, selepas dilanggar pemandu kereta dipercayai mabuk di kediaman keluarga itu di Jalan Hj Mohd Saad, dekat Bagan Jermal, di sini hari ini. Menurutnya, pada masa ini hukuman di bawah seksyen berkenaan memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000.

Beliau berkata kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia antara yang tertinggi di dunia.

“Kita harus mendapat kerjasama orang ramai walaupun kadar sebenarnya sudah menurun. Kita tidak mahu lihat hampir 7,000 nyawa terkorban hampir setiap tahun akibat kemalangan jalan raya,” katanya.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan meluangkan masa menyantuni lima beradik itu dan turut menyampaikan wang sumbangan sebanyak RM5,000.

“Sebelum ini, kerajaan negeri, agensi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk pejabat Parlimen Bagan menyampaikan sumbangan dan saya ucapkan takziah serta berharap ibu kanak-kanak ini akan cepat sedar dan sembuh. Kita akan terus berikan bantuan dan perhatian kepada keluarga ini,” katanya.

Pada 9 Februari lalu, dalam nahas kira-kira pukul 5 pagi, Khairizul Mohamad Noor, 39, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya Zuriana Hasan, 36, yang cedera parah kini dirawat di Hospital Seberang Jaya dalam keadaan koma.

Dalam kejadian itu, motosikal yang ditunggang pasangan suami isteri dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk di Kilometer 140.2 Lebuhraya Utara Selatan menghala utara, susur ke Perai di Bukit Mertajam.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MYVI Legend Di Miri Trending Di Twitter Selepas Sanggup Off Road Elakkan Kesesakan
Next Article Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?