• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah

Oleh
ILB - AI
16 Februari 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah

Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah. Kecerdasan Buatan atau dalam Bahasa Inggerisnya Artificial Intelligence (AI) merupakan simulasi kecerdasan manusia dalam mesin yang diprogramkan untuk berfikir seperti manusia dan meniru tindakan mereka. Tanpa kesedaran kita, AI telah berada dalam kehidupan kita, malah di hujung jari kita. Contohnya, aplikasi Google Maps boleh menganalisis kelajuan pergerakan lalu lintas pada bila-bila masa, inbox e-mel anda mempunyai salah satu ciri yang paling penting iaitu penapis spam, dimana ia mesti terus belajar daripada pelbagai isyarat seperti kata-kata dalam mesej (seperti “Prince of Nigeria“, ‘Tahniah! Anda dipilih…” dan sebagainya), metadata mesej (dari mana ia dihantar, siapa pengirim, dan sebagainya) untuk menapis mesej-mesej yang tidak diingi oleh anda. Kini, negeri Sabah are taking it to the next level dengan menggunakan AI dalam mahkamah!

Sabah Negeri Pertama Menggunakan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Mahkamah. Kredit: Giphy

Negara Asia Paling Pertama Menggunakan Aplikasi AI Dalam Mahkamah

Sabah membuat sejarah dimana AI akan digunakan buat kali pertama oleh badan kehakiman Malaysia dalam proses menjatuhkan hukuman di mahkamah Sabah.

Kredit: Kehakiman

Datuk Liew Vui Keong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata,

“Sistem berkenaan bakal digunakan di Mahkamah Kota Kinabalu bagi kes jenayah pada 17 Februari hadapan buat julung kalinya. Sebagai permulaan, AI akan digunakan bagi kes membabitkan pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk kesalahan memiliki dadah dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan kesalahan rogol.”

Kredit: Berita Harian

Beliau juga berkata, selepas melihat keberkesanan aplikasi AI, penggunaanya baru akan diperluaskan kepada kesalahan lain. Kesalahan lain ini termasuk kesalahan trafik yang mengakibatkan kematian.

Bersambung dengan itu, beliau berkata hakim dan majistret akan memaklumkan kepada pihat terbabit hasil analisa aplikasi AI selain pihak-pihak dibenarkan berhujah sebelum menjatuhkan hukuman.

“Bagaimanapun, budi bicara hakim dan majistret bagi menjatuhkan hukuman yang setimpal masih tidak terjejas dengan pelaksanaan teknologi ini,” katanya.

Membantu Untuk Menjatuhkan Hukuman Yang Sesuai

Sehubungan dengan itu, beliau berkata teknologi ini dapat membantu hakim mahupun majistret untuk membuat analisa hukuman yang sesuai dijatuhkan terhadap tertuduh. Aplikasi ini mampu membantu mengurangkan jurang hukuman serta memastikan kesamarataan dan konsisten di dalam hukuman yang diberikan kepada pesalah.

Mengulas berkaitan hukuman yang diberikan kepada pemandu mabuk, jemaah menteri sudah membincangkan perkara berkenaan. Belia berkata,

“Kementerian Pengangkutan sudah membuat kajian bahawa hukuman bagi pesalah perlu dipertingkatkan. Kementerian juga sedang dalam proses membuat draf pindahan dan dijangka bakal dibentang pada persidangan Parlimen akan datang.”

Kredit: Giphy

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Denda RM100k Atau Penjara 20 Tahun Untuk Pemandu Mabuk Dan Merbahaya
Next Article Bas Sekolah Percuma Di 4 Bandar Utama Sarawak Akan Bermula Pada April 2020

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?