• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada

Oleh
Ismail NA
8 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Jangan tertipu lagi dengan harga ‘Shocking Sale’.

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada. Setiap kali anda melihat barangan yang dijual di platform penjualan dalam talian, mesti anda pernah berasa teruja melihat barangan yang anda inginkan tiba-tiba menunjukkan harga yang lebih murah daripada biasa. Maka, bermulalah episod dilema anda dan menghabiskan wang gaji anda untuk sesuatu yang barang kali sebenarnya bukanlah semurah yang anda sangka.

Tahukah anda bahawa anda sebenarnya boleh melihat trend naik turun harga barangan di platform Shopee dan Lazada dengan memasang Chrome Extensions ini?

Chrome Extentions yang dinamakan sebagai AliPrice Shopping Assistant for Shopee dan Lazada ini membolehkan anda untuk melihat sejarah harga termurah sesuatu barang di platform beli belah dalam talian. Bukan itu sahaja, anda juga boleh menyemak harga tertinggi barangan tersebut pernah dijual di Shopee dan Lazada.

Dengan menyemak harga-harga ini, anda boleh mengagak masa yang sesuai untuk anda membeli barangan tersebut berdasarkan trend dan waktu yang dipaparkan sebelum ini.

Nice!

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada
Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada

Bagaimana untuk memasang AliPrice Shopping Assistant ini di pelayar Google Chrome anda?

Langkah 1 : Buka Chrome Web Store dan cari AliPrice Shopping Assistant

Langkah 2 : Pilih extensions mana yang anda mahu pasang, bergantung kepada platform yang anda gunakan. Tekan ‘Add to Chrome’

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada

Langkah 3 : Ikut semua langkah yang ditunjukkan dan extensions ini akan terpapar di sebelah hujung kanan pelayar Chrome anda. Tekan ikon Shopee dan pilih negara dan bahasa yang anda gunakan. Jangan salah pilih negara pula.

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada

Langkah 4 : Tekan My Account atau mana-mana opsyen di bahagian kiri dan ia akan membawa anda kepada halaman utama Shopee atau Lazada. Anda sekarang sudah boleh melihat sejarah trend naik turun harga barangan yang anda inginkan!

Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada

Sekarang, kerja anda untuk membeli belah lebih mudah. Bukan itu sahaja, dengan pemasangan extensions ini, anda juga berupaya untuk membeli dengan lebih bijak dan boleh menunggu masa yang sesuai untuk memiliki barangan yang anda inginkan dengan harga yang lebih murah.

Jadi, apa yang best dekat Shopee? Baca juga artikel ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Bekas Banduan Positif COVID-19 Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin, Ditemui Bersama Teman Lelaki Wanita Bekas Banduan Positif COVID-19 Larikan Diri Dari Pusat Kuarantin, Ditemui Bersama Teman Lelaki
Next Article Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?