I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat

Oleh Husna Hazmi
8 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Beliau diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata di rumah kediaman peribadinya.

Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat. Dilaporkan bahawa, Presiden Haiti Jovenel Moise telah dibunuh di kediaman peribadinya oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Isi Isi Penting
Beliau diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata di rumah kediaman peribadinya.Menyerang kediaman peribadi presidenMengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel MoisLapangan terbang antarabangsa di Port-Au-Prince dan sempadan negara juga turut diarahkan ditutup
Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat
Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat

Menyerang kediaman peribadi presiden

“Kira-kira jam 1 pagi Rabu, sekumpulan individu yang tidak dikenali – antara mereka berbahasa Sepanyol – menyerang kediaman peribadi presiden dan membunuh ketua negara itu.” menurut Perdana Menteri Haiti, Claude Joseph.

Jelas Claude lagi, isteri Presiden Jovenel Moise juga ditembak tetapi hanya tercedera dan kini sedang dirawat. Beliau juga turut menyifatkan serangan tersebut sangat keji, tidak berperikemanusiaan dan juga kejam.

Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat

Mengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Mois

Oleh itu, Haiti pada hari Rabu semalam, Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph telah mengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Moise.

“Berdasarkan artikel 149 Perlembagaan, saya baru sahaja mempengerusikan satu mesyuarat tergempar dan kerajaan memutuskan darurat diisytiharkan di seluruh negara.

“Keselamatan negara kini terkawal,” kata beliau dan berikrar untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Di bawah perlembagaan apabila ketiadaan Presiden, “sama ada peletakan jawatan, pemecatan, kematian atau ketidakupayaan fizikal atau mental,” ahli jawatankuasa menteri, di bawah Perdana Menteri, akan mengambil alih pemerintahan sehingga pilihan raya Presiden diadakan.

Presiden Maut Ditembak Mati Di Kediaman Peribadi, Negara Haiti Isytihar Darurat

Lapangan terbang antarabangsa di Port-Au-Prince dan sempadan negara juga turut diarahkan ditutup

Lapangan terbang antarabangsa di Port-Au-Prince dan sempadan negara juga turut diarahkan ditutup. Pembunuhan tersebut dikecam pelbagai pemimpin negara Amerika Latin, termasuk Republik Dominica, Mexico, Colombia, Bolivia, Peru, Ecuador dan Argentina.

Untuk Pengetahuan anda, Haiti merupakan negara termiskin di Amerika Utara (North America) dihuni oleh 12 Juta penduduk dan negara tersebut dipercayai belum lagi menerima vaksin walaupun kes Covid-19 di sana semakin meningkat. Pada tahun 2010 pula, Haiti pernah dilanda gempa bumi yang amat dahsyat berukuran pada 7 Skala Richter dan telah meragut nyawa ratus ribu rakyatnya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dengan Chrome Extension Ini, Anda Boleh Pantau Naik Turun Harga Barangan Di Shopee Dan Lazada
Next Article Ayuh Usahawan Startup! Naik Taraf Perniagaan Anda Dengan Menyertai TEGAS Startup Lab Kali Keempat

Advertorial

Mengenal Lun Bawang Ba’kelalan, Komuniti Yang Menemui Revolusi Hidup Menerusi Agama
Cerita Borneo
5 Aktiviti Menarik Di Lawas Sarawak Yang Anda Mesti Masukkan Dalam ‘Checklist’
Aktiviti Menarik
TEGAS & Endeavor Malaysia Lancar SCALE Sarawak Cohort 2, Program Intensif 6 Bulan untuk Startup
#innovatesarawak
Ini 3 Beza Besar Pengalaman Off-Road Di Sg Bernam, Perak Dan Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?