• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dewan Suarah Kota Samarahan Bakal Dinaik Taraf

Oleh
Farisha
21 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Komuniti Dapat Manfaat – Projek Naik Taraf Pusat Sivik Diluluskan Kerajaan Sarawak

Dewan Suarah Kota Samarahan Bakal Dinaik Taraf. Sarawak tak main-main kali ni! Kerajaan negeri dah meluluskan permohonan untuk naik taraf dan besarkan Pusat Sivik Kota Samarahan. Pengumuman ini disampaikan sendiri oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Permohonan tersebut dihantar oleh Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang, dan ADUN Muara Tuang, Dato’ Idris Buang, menurut laporan media tempatan. Matlamat utama? Nak pastikan komuniti tempatan ada kemudahan yang lebih selesa dan mesra rakyat.

Dewan Suarah Kota Samarahan Bakal Dinaik Taraf
Dewan Suarah Kota Samarahan Bakal Dinaik Taraf. Sumber foto: mysed

Kenapa penting sangat naik taraf ni?

Kalau korang warga Samarahan, korang mesti tahu betapa pentingnya dewan ni. Menurut Datuk Rubiah, dewan ni sering jadi lokasi untuk:

  • Majlis rasmi kerajaan
  • Sambutan perayaan
  • Program komuniti berskala besar
  • Dan majlis-majlis sosial lain yang melibatkan ramai orang

Tambahan pula, pusat sivik yang ada sekarang boleh tampung sehingga 2,500 orang dalam satu masa. Dibuka sejak 5 Mac 1995, ia merupakan pusat sivik ke-12 yang diwujudkan di Sarawak. Tapi lepas hampir 30 tahun, memang patutlah diberi nafas baharu, kan?

Tekanan daripada industri pelancongan dan kementerian

Sebenarnya, tekanan untuk naik taraf pusat sivik bukan baru. Pada 21 Februari lalu, Persatuan Pemandu Pelancong Sarawak (SkTGA) dah mula suarakan agar Pusat Sivik Kuching dipulihkan. Lepas itu, pada 27 Februari, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pula beri teguran yang lebih luas – katanya banyak pusat sivik seluruh Sarawak perlu dikaji semula fungsinya.

Beliau juga menegaskan kerajaan perlu pertimbang semula kegunaan pusat-pusat sivik ni, supaya ia lebih relevan dengan keperluan semasa komuniti.

Baca juga artikel yang berkaitan dengan projek naik taraf di Sarawak:

Kuching Civic Centre Bakal Dinaik Taraf Mulai Bulan Julai Ini
Projek Naik Taraf Loji Rawatan Air Julau Dijangka Siap Tahun Ini, Atasi Masalah Bekalan Air
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pengadu Dakwa Sangkar Kucing Sengaja Dibakar Di Sarawak, Netizen Terkesan Lihat Kucing Rentung Pengadu Dakwa Sangkar Kucing Sengaja Dibakar Di Sarawak, Netizen Terkesan Lihat Kucing Rentung
Next Article 3 Jambatan Baharu Dibina, Ini Laluan Baharu Samrahan-Kuching Yang Anda Kena Tahu 3 Jambatan Baharu Dibina, Ini Laluan Baharu Samarahan-Kuching Yang Anda Kena Tahu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?