• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dibenarkan Bertugas Di PPV Kerana Nampak Tulen, JKN Siasat Kemungkinan Doktor Palsu Kuching Suntik Vaksin

Oleh
Ismail NA
7 Julai 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

Dibenarkan Bertugas Di PPV Kerana Nampak Tulen, JKN Siasat Kemungkinan Doktor Palsu Kuching Suntik Vaksin. Kisah seorang pemuda berusia 20 tahun yang menyamar sebagai doktor di Kuching telah menggemparkan Sarawak hari ini. Lelaki tersebut yang dikhabarkan telah melakukan jenayah tersebut sejak Januari 2021 telah berjaya diberkas oleh polis pada 1 Julai yang lalu, jam 2 petang ketika sedang ‘bertugas’ di PPV Stadium Perpaduan, Kuching.

Isi Isi Penting
  • Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.
  • Doktor atau jururawat di PPV wajib patuhi SOP, tak semua ada lesen untuk buat suntikan – Dr. Sim
  • Berminat jadi doktor, belajar ilmu perubatan secara online
  • ‘Dr. Shah’ kantoi dengan kawan sekelas sekolah menengah
  • Baca cerita selanjutnya tentang penyamaran doktor ini dalam artikel berikut :

Susulan aktiviti nya yang berisiko membahayakan nyawa orang ramai, Jabatan Kesihatan Negara Sarawak kini sedang menyiasat adakah terdapat kemungkinan pemuda yang menyamar sebagai doktor ini pernah memberi suntikan vaksin kepada orang ramai di PPV Stadium Perpaduan, Kuching.

Pemuda yang bernama Shah Hairil Azman Dave tersebut telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas tuduhan menyamar menjadi seorang doktor yang mana merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Dibenarkan Bertugas Di PPV Kerana Nampak Tulen, JKN Siasat Kemungkinan Doktor Palsu Kuching Suntik Vaksin
Kad palsu milik ‘Dr.Shah’. Sumber : Facebook

Doktor atau jururawat di PPV wajib patuhi SOP, tak semua ada lesen untuk buat suntikan – Dr. Sim

Penasihat SDMC, Dr. Sim Kui Hian turut meminta agar siasatan penuh dibuat ke atas perkara ini kerana mana-mana doktor atau jururawat yang ditugaskan ke PPV perlu mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Kesemua doktor dan jururawat yang ditugaskan di PPV wajib memiliki lesen untuk melakukan suntikan dan tidak semua doktor dan jururawat mempunyai lesen tersebut,”

Dr. Sim Kui Hian

Berminat jadi doktor, belajar ilmu perubatan secara online

Ketika ditanya pihak polis, pemuda yang menyamar sebagai doktor ini mengaku berminat untuk menjadi doktor dan telah mempelajari ilmu perubatan secara talian.

Doktor palsu ini telah memperkenalkan dirinya sebagai Dr. Shah Hairil, siswazah perubatan yang ditempatkan di Unit Neurologi, Hospital Umum Kuching. Semasa melapor bertugas di PPV, beliau memberitahu bahawa beliau diletakkan di bawah pengawasan seorang doktor yang bernama Dr. Lau.

Beliau mengunjungi PPV untuk melihat kes trauma terutamanya melibatkan kejadian buruk selepas imunisasi. Disebabkan kelakuannya yang begitu tulen dan meyakinkan sebagai seorang doktor, suspek telah dibenarkan untuk bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut dari 16 Jun sehingga 1 Julai 2021.

Dibenarkan Bertugas Di PPV Kerana Nampak Tulen, JKN Siasat Kemungkinan Doktor Palsu Kuching Suntik Vaksin
Dibenarkan Bertugas Di PPV Kerana Nampak Tulen, JKN Siasat Kemungkinan Doktor Palsu Kuching Suntik Vaksin

‘Dr. Shah’ kantoi dengan kawan sekelas sekolah menengah

Tembelang ‘Dr. Shah’ pecah apabila seorang rakan sekolah menengahnya yang turut bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut mengenali beliau dan mendakwa bahawa mereka adalah rakan sekelas ketika berada di Tingkatan 2 SMK Demak Baru pada tahun 2016.

Pada 19 Jun, suspek didakwa mengendalikan kaunter pendaftaran PPV tanpa kelulusan dari kakitangan PPV.

Keraguan juga timbul dalam kalangan doktor yang bertugas di PPV pada 22 Jun yang lalu ketika suspek berbual dengan mereka dan musykil dengan usianya yang baru sahaja mencecah 21 tahun. Staf kesihatan yang mengetahui penyamaran tersebut segera melaporkannya kepada pengurusan HUS dan kemudiannya kepada pihak polis.

Nasib suspek hanya akan diketahui pada 17 Ogos ini apabila Mahkamah Majistret memerintahkan suspek untuk ditahan lanjut sementara menunggu laporan sosialnya. Setakat ini, tiada pengakuan direkodkan memandangkan suspek berusia di bawah 21 tahun dan kini sedang menunggu laporan akhlak dikeluarkan.

Baca cerita selanjutnya tentang penyamaran doktor ini dalam artikel berikut :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI: Dua Kali Berturut-Turut Catat Kes Bawah 300, Hari Ini 289 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Di Sarawak
Next Article Jaminan Lulus Serta Merta, Permohonan Moratorium Dibuka Mulai Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?