Semalam, Sarawak juga turut mencatat kes positif Covid-19 di bawah 300.
TERKINI: Dua Kali Berturut-Turut Catat Kes Bawah 300, Hari Ini 289 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Di Sarawak. Dilaporkan bahawa hari ini Sarawak telah mencatat 289 kes positif baharu melibatkan jangkitan Covid-19.

Sarawak pada hari ini telah melaporkan sebanyak 289 kes positif Covid-19
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan jumlah kumulatif Covid-19 Malaysia di akaun Facebook beliau.
Di dalam perkongsian di akaun Facebook tersebut, Sarawak pada hari ini (7 Julai 2021) telah melaporkan sebanyak 289 kes positif Covid-19.
Sehingga 7 Julai 2021 jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia pula adalah 7,097 kes (799,790 kes).
Jumlah kes positif mengikut negeri adalah
Jumlah kes positif mengikut negeri adalah Selangor (3,119), Sabah (244), Johor (224), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,005), Sarawak (289), Negeri Sembilan (788), Pulau Pinang (140), Perak (187), Kedah (198), Kelantan (123), Melaka (358), Pahang (258), Terengganu (43), Wilayah Persekutuan Labuan (93), Wilayah Persekutuan Putrajaya (26), dan Perlis (2).
Kes positif Covid-19 di Sarawak pada hari ini menurun daripada 424 kes positif semalam kepada 286 kes positif pada hari ini. Namun, jangan terlalu gembira dahulu dengan kejayaan ini. Marilah kita sama-sama putuskan rantaian Covid-19 ini.
Kita jaga kita.