• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
12 Julai 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Permohonan pengeluaran i-Citra dibuka hari ini.

Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini. Dilaporkan bahawa, mana-mana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berusia 55 tahun ke bawah dan berhasrat membuat permohonan pengeluaran i-Citra boleh melakukannya pada hari ini.

Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini
Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini

Permohonan dibuka tiga hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan

Menurut Jabatan Hal Ehwal Korporat KWSP, permohonan tersebut dipercayai dibuka tiga hari lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan dan para pemohon perlu melayari laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

Hal ini dibuat bagi memudahkan lagi permohonan dalam talian i-Citra dan ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), jelas Jabatan tersebut.

Selain itu, para pemohon juga perlu mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk menerima bayaran pengeluaran terbabit.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” kata KWSP dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini

Pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank

KWSP turut memaklumkan bahawa, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai bulan depan manakala jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, boleh layari laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau boleh menghubungi talian hotline i-Citra di 03-8922 4848.

Untuk pengetahuan anda, i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Pengenalan i-Citra ini merupakan inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article TERKINI : Kecoh Blackout Hampir Di Seluruh Sarawak, Kini Pulih Secara Berperingkat TERKINI : Kecoh Blackout Hampir Di Seluruh Sarawak, Kini Pulih Secara Berperingkat
Next Article Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu 'Sister Cities' Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu ‘Sister Cities’

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?