• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu ‘Sister Cities’

Oleh
ILB - AI
12 Julai 2021
Kongsi
8 Min Bacaan
Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu 'Sister Cities'

Tahukah anda setiap negeri di Malaysia ada ‘sister city’ dengan negeri-negeri lain di luar negara?

Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu ‘Sister Cities’. Sebilangan besar orang tidak mengetahui kewujudan ‘sister city’ kerana ia jarang dibincangkan. Namun, anda mungkin akan terkejut kerana Malaysia sendiri mempunyai beberapa sister cities!

Isi Isi Penting
  • Tahukah anda setiap negeri di Malaysia ada ‘sister city’ dengan negeri-negeri lain di luar negara?
  • Hubungan diplomatik antara sebuah bandar tempatan dengan bandar antarabangsa
  • Asal-usul sister city
  • Persamaan nama juga boleh dijadikan faktor sesebuah bandar menjadi sister city
  • Sister cities Malaysia
  • Sister cities Sarawak
  • Adakah sebuah sister city boleh menamatkan hubungan mereka dengan bandar kembar masing-masing?
  • Persahabatan dan hubungan yang menjadikan kita lebih dekat walaupun dua negara yang berbeza

Untuk mengetahui apa sister city dan siapa sister city untuk setiap bandar di Malaysia, baca seterusnya untuk mengetahui dengan lanjut!

Perkongsian Jangka Panjang Antara Dua Komuniti Di 2 Negara, Ketahui Apa Itu ‘Sister Cities’

Hubungan diplomatik antara sebuah bandar tempatan dengan bandar antarabangsa

Hubungan antara bandar, daerah, atau negeri adalah perkongsian jangka panjang yang luas antara dua komuniti di dua negara. Suatu hubungan diakui secara rasmi setelah pegawai tertinggi yang dipilih atau dilantik dari kedua-dua komuniti menandatangani perjanjian untuk menjadi sister cities.

Bandar kembar Fort Wayne, Indiana, Amerika Syarikat. Kredit: Wane

Sebuah bandar mungkin mempunyai beberapa sister cities, dengan penglibatan masyarakat antara berpuluh-puluh hingga ratusan sukarelawan. Sebagai tambahan kepada sukarelawan, organisasi sister cities dapat merangkumi wakil dari NGO, majlis perbandaran, sektor swasta, dan organisasi sivik lain.

Setiap organisasi sister city bebas dan menjalankan aktiviti dan bidang tematik yang penting bagi mereka dan komuniti mereka termasuk perdagangan, perniagaan, pendidikan dan pertukaran budaya serta projek dengan sister city mereka.

Bandar-bandar kembar Victoria, Australia.

Asal-usul sister city

Walaupun terdapat contoh awal hubungan sister city antara majlis perbandaran yang serupa dengan apa yang kita kenali sebagai sister city (atau juga dikenali sebagai bandar kembar) sejak abad ke-9, namun konsep moden pertama kali dibentuk dan diterima pakai di seluruh dunia semasa Perang Dunia Kedua.

Dari sudut bersejarah, konsep moden sister city atau ‘bandar kembar’ berakar pada Perang Dunia Kedua. Lebih spesifik lagi, ia diilhamkan oleh pengeboman Coventry di England pada 14 November 1940. Kejadian ini dikenali sebagai ‘Coventry Blitz’.

Peristiwa Coventry Blitz mewujudkan bandar kembar moden pertama. Kredit: BBC

Susulan itu, idea sister city muncul sebagai cara untuk mewujudkan hubungan perpaduan antara bandar-bandar di negara-negara sekutu yang mengalami peristiwa buruk yang serupa.

Malah, sebagai tindak balas kepada Pertempuran Stalingrad semasa Perang Dunia Kedua, sejumlah 830 wanita di Coventry (yang dipimpin oleh datuk bandarnya, Emily Smith) telah menjahit nama mereka di atas sehelai kain meja bersama kata-kata, “Bantuan sedikit lebih baik daripada simpati besar.”

Kain ini kemudian dikirim bersama wang kepada penduduk Stalingrad, Rusia. Kain meja ini kini dapat dilihat di Panorama Museum of Battle of Stalingrad.

Kain meja yang diisi dengan nama-nama wanita di Coventry dikirim bersama wang kepada penduduk Stalingrad. Kredit: GOV UK

Kejadian ini turut menjadikan bandar Coventry dan Stalingrad sebagai ‘sister cities’ dan pengiktirafan ini dibuat secara rasmi pada tahun 1944.

Setelah akhirnya Perang Dunia Kedua, hubungan serupa antara negara-negara dijalin untuk memupuk persahabatan dan persefahaman di antara bekas musuh sebagai tindakan perdamaian.

Perjalinan hubungan sister city antara Coventry dan Stalingrad memulakan konsep bandar kembar moden di seluruh dunia.

Persamaan nama juga boleh dijadikan faktor sesebuah bandar menjadi sister city

Sebuah bandar yang mempunyai nama yang sama dengan bandar lain juga boleh dijadikan sister city. Hubungan ini boleh timbul kerana nama bersama – mereka mungkin diberi nama sempena sebuah kominiti, atau mungkin berkongsi nama, atau nama mereka mungkin memiliki etimologi yang sama.

Kesamaan ini biasanya timbul kerana berkongsi bahasa yang sama atau serupa, atau pernah dijajah atau ditakluk sebelum ini.

Contoh sister cities yang dijadikan bandar kembar akibat ini ialah Santiago de Compostela (sebuah bandar di Sepanyol) dan Santiago do Cacem (sebuah bandar di Portugal) serta Cordoba di Argentina dan Cordoba di Sepanyol.

Presiden Argentina (kiri) dan Presiden Sepanyol (kanan) bersama pada tahun 2018. Kredit: Wikiwand

Sister cities Malaysia

Malaysia juga mempunyai beberapa sister cities di luar negara. Setiap negeri di Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai sebuah bandar yang ada sister city di luar negara.

Sebuah jalan di Iran dinamakan sempena Kuala Lumpur. Kredit: Twitter

Antara bandar-bandar di luar negara yang menjadi sister city untuk beberapa bandar di Malaysia ialah:

  • BEAUFORT, SABAH – BEAUFORT, AMERIKA SYARIKAT
  • IPOH, PERAK – FUKUOKA, JEPUN
  • KOTA KINABALU, SABAH – YEOSU, KOREA SELATAN / YONGIN, KOREA SELATAN / HANGZHAO, CHINA / HEYUAN, CHINA / JIANGMEN, CHINA / RATCHABURI, THAILAND / VLADIVOSTOK, RUSIA
  • KUALA LUMPUR – ANKARA, TURKEY / CASABLANCA, MOROCCO / CHENNAI, INDIA / DUBAI, UAE / ISFAHAN, IRAN / KARACHI, PAKISTAN / LONDON, ENGLAND / MASHHAD, IRAN / BANDAR MELAKA
  • SHAH ALAM, SELANGOR – HANAM, KOREA SELATAN / SURABAYA, INDONESIA

Sister cities Sarawak

Di Sarawak, tiga bandar mempunyai sister cities di luar negara iaitu Kuching, Miri dan Sibu. Malah, Sibu paling menonjol di antara ketiga-tiga bandar berkenaan, mempunyai sekurang-kurangnya 15 bandar kembar yang kebanyakannya bandar-bandar di China!

Bandar kembar Miri ialah Guangning, China dan Hualien County, Taiwan.

Hualien, Taiwan, seperti Miri, juga merupakan bandar pesisir. Kredit: CruiseMapper

Untuk Kuching, bandar kembarnya ialah Jeddah, Arab Saudi, Johor Bahru, Kunming dan Quanzhou di China, Pontianak di Indonesia dan Guro District, Korea Selatan.

Sebuah jalan di Guro, Korea Selatan, dinamakan sempena dengan bandaraya Kuching. Kredit: Daebaking

Antara bandar kembar Sibu ialah Fuqing, Guangning, Gulou (Fuzhou), Gutian, Jintang, Minqing, Nanping, Ningde, Pingnan, Putian, Puyang, Qinghe, Wuyishan – semua dari China.

Wong Nai Siong, seorang pemimpin komuniti di Foochow(Fuzhao), China, membawa lebih 1000 penduduk Foochow ke Sibu bagi membuka penempatan baru pada tahun 1902. Sekolah ini dinamakan sempena beliau. Kredit: Iluminasi

Adakah sebuah sister city boleh menamatkan hubungan mereka dengan bandar kembar masing-masing?

Ya, boleh. Perkara ini bergantung pada iklim sosial atau pandangan politik bandar. Sebagai contoh, pada tahun 2014, Prague di Czech Republic menamatkan hubungan bandar kembar dengan Saint Petersburg dan Moscow di Rusia kerana campur tangan tentera Rusia di Ukraine. Moscow telah menjadi sister city Prague sejak 1995.

Pada bulan Julai tahun lalu (2020), majlis bandaraya Nieuwegein di Belanda memutuskan untuk menamatkan persahabatannya dengan Pulawy, Poland apabila Pulawy menyatakan bahawa bandar terbabit adalah ‘zon bebas gay’.

Nieuwegein di Belanda menamatkan hubungan sister city bersama Pulawy, Poland kerana pandangan sosial yang berbeza.

Persahabatan dan hubungan yang menjadikan kita lebih dekat walaupun dua negara yang berbeza

Mengetahui bahawa kita mempunyai bandar kembar di luar sana, ada juga rasa ‘kedekatan’ dengan penduduk bandar kembar masing-masing. Ini disebabkan oleh budaya yang serupa, bahasa yang serupa, atau nama yang serupa.

Meskipun berlainan kaum dan bangsa, kita tetap bersatu. Kredit: The Agent Alice

Konsep sister city sememangnya istimewa. Sister city yang mana mengejutkan anda? Komen di bawah dan jangan lupa kongsi artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dibuka Tiga Hari Awal, Permohonan Pengeluaran i-Citra Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini
Next Article McDonald Belanja Burger Quarter Pounder Untuk Para Rider Mulai 2 Petang Hari Ini

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?