• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri

Oleh
Husna Hazmi
1 Oktober 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Memang betul-betul ambil kesempatan dah ni😤

Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri. E-hailing merupakan salah satu perkhidmatan kenderaan pilihan ramai kerana ia mudah dan lebih selesa. Namun sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pemandu e-hailing yang sering menimbulkan masaalah telah meninggalkan impak negatif kepada syarikat serta membuat ramai penumpang berasa takut untuk menggunakan perkhidmatan ini.

Di Facebook, terdapat satu perkongsian ini mengatakan bahwa dia telah menjadi mangsa kepada pemandu Maxim yang telah mengenakannya caj 3 kali ganda kepadanya di Miri.

Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri
Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri. Gambar tangkap layar dari Facebook Miri Community

Menipu bayaran dalam talian tidak masuk

Dia berkata ketika menggunakan perkhidmatan Maxim tersebut, dia sudah membayar menerusi online namun pemandu itu telah menipunya dan berkata bahawa bayaran dalam talian itu tidak masuk ke dalam akaunnya.

Pemandu tersebut seterusnya memintanya untuk membuat bayaran menggunakan wang tunai tunai sebanyak 2 kali ganda oleh kerana hari sudah lewat malam. Luah penumpang yang berasa kecewa itu lagi, keseluruhan harga yang dibayarnya itu 3 kali ganda lebih mahal termasuk bayaran dalam talian yang telah dibuatnya pada awalnya.

Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri
Kredit gambar: FB Halle Hello
Dicaj Sampai 3 Kali Ganda, Penumpang Ini Kecewa Dengan Sikap Pemandu Maxim Di Miri
Kredit gambar: FB Halle Hello

Membuat aduan kepada pihak Maxim

Kemudian, si penumpang terus membuat aduan kepada pihak Maxim dan turut berkongsi perbualannya itu di Facebook. Menurut mesej diantaranya dengan Maxim, pemandu tersebut rupanya memang bermasaalah dan pernah di sekat oleh pihak Maxim sebelum ini.

Menurut perbualan, pemandu tersebut disekat kerana telah mengelak daripada bayaran komisen dan akaun pemandu itu baru sahaja dibuka kembali oleh pihak Maxim di Semenanjung. Pihak Maxim juga berkata bahawa mereka akan menyekat pemandu tersebut selepas ini.

Bagi pemandu-pemandu e-hailing di luar sana, diharap agar anda tidak mengambil kesempatan dan memburukkan nama syarikat perkhidmatan anda sendiri. Manakala para penumpang pula, jadilah penumpang yang berhemah, sopan dan sentiasa berhati-hati jika anda menggunakan perkhidmatan ini.

Sentiasa berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan e-hailing ini:

Hampir Kena Rogol Pemandu Maxim, Wanita Tercedera Setelah Melompat Keluar Dari Kereta Di Sabah
SUMBER : FB Halle Hello
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sejarah Disebalik Batu Sumpah Keningau Yang Menjadi Lambang Pembentukan Malaysia
Next Article Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Rempuh Kereta Di Jalan Desa Wira Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Maut Rempuh Kereta Di Jalan Desa Wira

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?