• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini

Oleh
Nazihah AN
23 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini

Sabah sememangnya Syurga Makanan Laut

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini. Bila sebut sahaja makanan laut, pasti yang terlintas di fikiran korang adalah bil yang tinggi sehingga ada yang menyatakan hidangan itu hanya untuk golongan ‘kayangan’ sahaja.

Bergantung kepada tempatnya juga, di Sabah sememangnya terkenal dengan hidangan seafood yang murah berbanding di negeri lain. Mana tidaknya, mudah untuk ke laut semestinya kaya dengan hasil laut. Sebab itulah Sabah dikenali sebagai Syurga Seafood.

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini. Sumber: Facebook

Ramai juga yang terkena dengan kedai ni

Menerusi perkongsian di laman Facebook, di mana gadis ini berkongsi pengalamannya di salah sebuah kedai makan seafood di Sabah. Dan apa yang dikongsi gadis ini telah meraih perhatian netizen sekaligus, ada juga mangsa-mangsa yang terkena di kedai ini.

Dalam kongsian tersebut, gadis ini meluahkan rasa kesal terhadap servis dan juga makanan yang dihidangkan di kedai makan ini. Katanya, dirinya telah ditipu dan menerima layanan teruk di kedai makan tersebut.

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
Sumber: Facebook

Dapat order yang salah, harga pun tetap sama

Difahamkan, gadis tersebut menerima makanan yang berlainan dari apa yang dipesannya. Gadis ini memesan tomyam sotong, sotong goreng tepung, sayur campur dan juga lala. Dakwa gadis tersebut dirinya menerima tomyam lain dan lala tersebut diganti dengan lokan.

Tunggu punya tunggu smpai lah order kami, sekali sampai first tengok tomyam pun salah suda..begitu juga dengan lala yang sampai bukan lah lala tapi lokan. Jadi untuk pastikan tu bukan lala aku ni makan lah satu sekali betul tu lokan bukan lala.”

Kongsian gadis tersebut telah menarik perhatian netizen, sekaligus telah menerima aduan yang sama dengan servis yang diterima di kedai makan tersebut. Rata-rata aduan tersebut telah menyatakan bahawa mereka dikenakan cas harga kayangan yang tidak masuk akal.

Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
Sumber: Facebook

Ada yang menyatakan mereka sampai kena cas sebanyak RM300 untuk ikan, nasi putih dan juga minuman. Satu lagi aduan di mana individu ini meminta ikan putih untuk makan dua orang, tetapi saiz hidangan yang diberi 5 orang serta dikenakan cas mahal.

Bila diteliti, rupanya ramai yang terkena dengan servis cas harga kayangan di kedai tersebut. Ada yang berpesan supaya mereka dan pelancong yang lain kena bijak memilih tempat untuk menikmati hidangan seafood di Sabah supaya tidak terkena bayaran sebegini.

Buat pekedai di luar sana, berniaga hendaklah jujur ya. Nanti tak berkat rezeki..huhu..

Lagi artikel berkaitan, anda boleh lihat pautan di bawah:

Orang Semenanjung Dicaj Harga Seafood Kayangan Di Sabah, Netizen Terkejut Lihat Perbezaan Harga
RM1 Billion Untuk Pembangunan Sabah Sarawak Bakal Dibentang Dalam Belanjawan 2023- PM Anwar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Iban Ini Sering Dibuli Semasa Buat 'Live', Netizen Berang Dengan Sikap Orang Sarawak Sesama Sendiri Lelaki Iban Ini Sering Dibuli Semasa Buat ‘Live’, Netizen Berang Dengan Sikap Orang Sarawak Sesama Sendiri
Next Article Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?