• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro

Oleh
Nazihah AN
23 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro

Cikgu ini mengajar di sekolah rendah di Daro, Sarawak

Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro. Bercerita tentang guru, pasti ada 1001 cerita yang kita dengar. Banyak juga kerenah pelajarnya yang buat kita tak kering gusi.

Sebagaimana perkongsian guru ini, Cikgu Al Tarmizi tidak menyangka anak muridnya memberikan kejutan dengan memberinya hadiah yang sangat rare dalam sebuah plastik sebagai tanda penghargaan kepadanya walaupun bukan Hari Guru.

Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro
Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini ‘Hadiahkan’ Kepada Gurunya Di Daro. Sumber: Tiktok

Udang tersebut mempunyai saiz lebih kurang besar tapak kaki saiz 13 dibawa masuk ke dalam kelas

Terbaharu, telah tular satu video anak murid di Daro menyerahkan satu bungkusan plastik berisikan udang galah besar yang segar kepada gurunya di dalam kelas. Video tersebut telah meraih sebanyak 1.2 juta kali tontonan.

Anak muridnya yang baru berusia 7 tahun menghadiahkan udang galah segar hasil dari pancing kepada gurunya. Mengejutkan, udang tersebut mempunyai saiz lebih kurang besar tapak kaki saiz 13 dibawa masuk ke dalam kelas untuk hadiahkan kepada Cikgu Al Tarmizi.

Difahamkan, bahawa Cikgu Al Tarmizi merupakan guru yang mengajar di kawasan pedalaman di Daro, Sarawak. Beliau memuatnaik video tersebut beserta kapsyen:

syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg”

Lihat video penuh di bawah:

@cikguspiderman7

syok sek pedalaman…udang sampai ke kelas😀..nikmati udang fresh di kg#cikgutiktok #tiktokguru #cikguspiderman #cikgupedalaman #pendidikan #cikgu #udang #melanau #sarawak #pancing

♬ suara asli – Natta | Wardah – NattaWardah

Walau bagaimanapun, berkongsi kisah sebenar, Muhammad Tarmizi bersyukur kerana video dimuat naiknya itu mendapat reaksi positif dengan rata-rata memuji anak muridnya.

Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro
Sumber: Tiktok

Dipetik dari Harian Metro, guru tersebut jelaskan bahawa udang tersebut adalah udang yang dipesan beliau daripada orang kampung. Jelas beliau lagi, anak muridnya itu juga pernah beri beliau udang hasilnya memancing cuma tidak dirakam.

Cuma, ramai salah sangka kerana udang itu saya pesan daripada orang kampung dan bukan pemberian Muhammad Fadhlul Azdzmin (anak muridnya).

Bagaimanapun, dia (Muhammad Fadhlul Azdzmin ) pernah beri saya udang hasilnya memancing cuma saya tidak rakam video ketika itu namun takkan lupakannya sampai bila-bila. Walaupun udang, ia tetap bermakna kerana pemberian daripada anak didik dan tanda dia ingat serta hargai saya.”

Seronok jadi pendidik di kawasan pendalaman ni. Tengok muka cikgu pun tersenyum lebar kegembiraan. Itu namanya rezeki. Semoga segala ilmu yang cikgu curahkan diberkati. Insya-Allah

Terima Udang Galah Segar Di Dalam Kelas, Murid Ini 'Hadiahkan' Kepada Gurunya Di Daro
Sumber: Tiktok

Lagi artikel menarik, anda boleh lihat pautan di bawah:

[VIDEO] Sanggup Buat Liputan Cuaca Dalam Hujan, Usaha PDPR Budak Lelaki Di Lawas Ini Terima Pujian Netizen
Berjalan Selama 6 Jam, Cikgu Ini Lawat Para Pelajar Di Kampung Untuk Mengedar Kerja Rumah Sekolah
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini Dicas Harga Kayangan Di Sabah, Ramai Kongsi Pengalaman Sama Di Kedai Makan Seafood Ini
Next Article Dilayan Biadap Oleh Pekerja Sebuah Outlet Pastri Di Miri, Wanita Luah Kekecewaan Di Media Sosial

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?