• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis

Oleh
Husna Hazmi
3 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Suspek kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan selanjutnya.

Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis. Dilaporkan bahawa, seorang ahli parti Solidariti Tanah Airku (STAR) didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, telah ditahan polis, pada Khamis.

Isi Isi Penting
  • Suspek kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk siasatan selanjutnya.
  • Ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan
  • Suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu
  • Peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk dirakam keterangan
Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis
Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis. Kredit gambar: Astro Awani

Ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan

Lelaki yang berusia 50-an itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, Kota Kinabalu, kira-kira jam 1 petang tadi.

Difahamkan bahawa, sidang media telah dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.

Ia dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang bulan lalu.

Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis

Suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan yang lebih lanjut.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” jelas beliau lagi.

Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis

Peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk dirakam keterangan

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk dirakam keterangan pada hari ini.

Peserta Unduk Ngadau yang merupakan wanita berusia 20-an itu, akan dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

Semalam, satu laporan polis yang bertarikh 21 Mei lalu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba salah seorang jawatankuasa penganjur.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China
Next Article Berikut Adalah Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) Di Seluruh Sarawak Sepanjang PKP 3.0

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?