• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China

Oleh
Ismail NA
3 Jun 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Apa masalah China ni, ya?

Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China. Beberapa hari ini, negara digemparkan dengan kelibat pesawat milik sistem pertahanan China iaitu People’ Liberation Army-Air Force (PLAAF) yang memasuki ruang udara Malaysia iaitu di ruang udara Zon Maritim, Kota Kinabalu, Sabah.

Isi Isi Penting
  • Apa masalah China ni, ya?
  • Sarawak menyeru Kerajaan Persekutuan ambil tindakan segera bagi menjaga kedaulatan negara
  • Pesawat ‘patuh sepenuhnya’ undang-undang antarabangsa, tidak ceroboh mana-mana negara – Kedutaan China di Malaysia
  • Lagi artikel berkaitan tindakan kontroversi dari China;

Sekali lagi, PLAAF dikesan menceroboh masuk ke ruang udara zon maritim Malaysia iaitu di Beting Luconia, kira-kira 110 km dari pesisir pantai Sarawak.

Perkhabaran ini dimaklumkan menerusi kenyataan rasmi Pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini. Menerusi kenyataan tersebut, Sarawak menzahirkan kerisauannya terhadapt tindakan 16 pesawat milik PLAAF yang sewenang-wenangnya memasuki ruang udara Malaysia, spesifiknya di Sarawak hari ini.

Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China
Pesawat pertahanan China yang menceroboh ruang udara Kota Kinabalu, Sabah semalam. Foto : EPA-EFE

Sarawak menyeru Kerajaan Persekutuan ambil tindakan segera bagi menjaga kedaulatan negara

Kerajaan Sarawak turut menyokong sepenuhnya tindakan Kerajaan Persekutuan yang memanggil Duta China di Malaysia untuk memberikan penjelasan berkenaan insiden ini. Susulan itu, Sarawak menyeru Kerajaan Malaysia agar mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian seperti ini tidak lagi berulang bagi melindungi dan menjamin kedaulatan, maruah dan integriti negara.

Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China
Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China

Pesawat ‘patuh sepenuhnya’ undang-undang antarabangsa, tidak ceroboh mana-mana negara – Kedutaan China di Malaysia

Sementara itu, laporan akhbar tempatan hari ini menyatakan bahawa PLAAF yang memasuki ruang udara zon maritim di Kota Kinabalu oleh PLAAF hanyalah sebagai rutin latihan penerbangan. Perkara tersebut dijelaskan sendiri oleh Kedutaan China di Malaysia.

Jurucakap kedutaan China memberitahu bahawa rutin latihan tersebut adalah ‘patuh sepenuhnya’ kepada undang-undang antarabangsa dan tidak dianggap sebagai menceroboh ruang udara mana-mana negara.

Memetik kata-kata jurucakap kedutaan China dalam laporan akhbar;

“China dan Malaysia adalah negara jiran yang baik. China juga bersedia meneruskan hubungan dua hala dengan Malaysia bagi bersama-sama mengekalkan keamanan dan kestabilan serantau,”

Jurucakap Kedutaan China di Malaysia

Semalam, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengenalpasti pesawat yang melalui ruang udara Kota Kinabalu adalah jenis Ilyushin II-76 dan pesawat Xian Y-20 yang terbang pada ketinggian 23,000 dan 27,000 kaki dengan kelajuan 290 knots.

Selepas Sabah, Ruang Udara Sarawak Pula Diceroboh Oleh Pesawat Pertahanan China
Sumber : FMT

Untuk pengetahuan anda, pesawat ini merupakan pesawat pengangkut strategik dan mempunyai kebolehan untuk melaksanakan pelbagai misi. Difahamkan, China juga pada ketika ini semakin agresif untuk meluaskan kuasa atau ‘jajahannya’ di wilayah kawasan perairan yang dituntut di Laut China Selatan.

Lebih mencurigakan, pasukan pengawal pantai China juga sering memberi amaran kepada mana-mana bot atau kapal yang melalui kawasan tersebut.

Semoga Malaysia sentiasa dalam lindungan dan dihindari daripada sebarang bentuk penjajahan yang mampu merosakkan kedaulatan dan keamanan negara.

Lagi artikel berkaitan tindakan kontroversi dari China;

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Surat Majikan Sudah Cukup, Tidak Perlu Mohon Permit Polis Sepanjang PKP – Polis Sarawak
Next Article Didakwa Cabul Peserta Unduk Ngadau Sabah, Ahli Politik STAR Kini Ditahan Polis

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?