Ketiga-tiga premis makanan tersebut didapat tidak mematuhi spesifikasi kebersihan
Didapati Terlalu Kotor, Tiga Premis Makanan Di Bintulu Diarahkan Tutup. Dilaporkan tiga premis makanan di Bintulu telah diarah tutup apabila didapati tidak mematuhi spesifikasi kebersihan.
Arahan ini dikeluarkan susulan satu operasi dijalankan oleh Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan dan pasukan penguatkuasa daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu.
Hasil nilai kompaun dikeluarkan berjumlah RM15,400
Tujuan operasi berkenaan dijalankan adalah untuk memastikan premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik.
Operasi yang dijalankan pada 21-23 Mac lalu menyebabkan tiga premis makanan terbabit diarahkan untuk tutup dan 18 notis dikeluarkan mengikut mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983.

Pihak premis makanan diingatkan agar sentiasa mematuhi Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan pada setiap masa bagi mengekalkan kebersihan premis dan keselamatan makanan.
Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung keselamatan makanan boleh dirujuk pada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.
