Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan.
Tiba-Tiba Jatuh Di Tengah Jalan, Proton Saga Di Miri Ini Hampir Dihempap Bumbung. Semalam tular sebuah video di TikTok di mana sebuah kereta proton Saga hampir dihempap bumbung yang tiba-tiba jatuh di jalan raya.
Rakaman berdurasi 7 saat itu menunjukkan kejadian ngeri itu di mana bumbung tersebut tiba-tiba sahaja terjatuh dari atas bangunan berhampiran di Jalan Melayu, Miri berkenaan.
Cermin belakang proton Saga dikatakan pecah
Di ruangan komen terdapat seorang individu yang mengatakan bahawa pemilik kenderaan proton Saga itu merupakan abangnya dan tiada kecederaan dialami.
Dikatakan bahawa kenderaan tersebut terkena serpihan besi dari bumbung di bahagian belakang membuatkan cermin kereta itu pecah.
Netizen berasa ngeri dengan kejadian ini
Mendapat 1.5 juta tontonan di TikTok, netizen rata-ratanya berasa ngeri dengan kejadian berikut dan bersyukur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Diharap agar kita semua berhati-hati, malang sememangnya tidak berbau.
