• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini

Oleh
Husna Hazmi
16 November 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Buah ini amat popular di Borneo.

Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini. Mangga liar atau nama saintifiknya, Mangifera pajang kostermans merupakan buah bermusim unik yang berasal dari Pulau Borneo. Buah ini boleh didapati tumbuh dengan baik terutama sekali di Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimantan.

Di Sabah, buah ini dikenali sebagai buah bambangan. Di Sarawak pula buah ini digelar buah asam embang, buah embawang atau kaum Iban di sini menggelarnya buah Mawang.

Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini. Kredit foto: FB I Love Sarawak
Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
Kredit foto: I Love Borneo

Buah ini tumbuh secara semulajadi

Buah ini tumbuh secara semulajadi di hutan seperti dipterocarp forest dan musim berbuahnya adalah dua kali setahun, iaitu, pertama pada bulan Januari hingga Februari dan kedua pada bulan Julai hingga Ogos.

Kulit luaran buah asam ini mempunyai tekstur yang agak keras, kasar, berwarna coklat, tetapi boleh dikupas dengan mudah. Isi buah ini adalah berwarna kuning terang. Teksturnya adalah berjus dan berserabut, dan rasanya pula manis dan masam. Buah asam embang ini berkhasiat kerana kaya dengan fitokimia seperti fenolik, flavonoid dan karotenoid.

Digelar Bambangan Atau Asam Embang, Ketahui Buah Penuh Khasiat Dari Borneo Ini
Kredit foto: I Love Borneo

Boleh dimakan setiap bahagian buahnya

Bagi masyarakat Sarawak, buah asam embang ini boleh dimakan setiap bahagian buahnya. Kulit buah ini boleh dijadikan ulam, dan biji nya boleh dibakar atau direbus untuk dimakan. Terdapat juga cara mengolah buah asam embang muda beserta kulit dan bijnya ini sebagai jeruk atau kerabu.

Tidak rugi mendapatkan buah asam embang ini kerana setiap bahagiannya yang boleh dimakan. Isi buah asam embang ini juga boleh diproses menjadi kordial atau jus minuman.

Bagi peminat makanan atau buah-buahan eksotik di luar sana, anda perlu cuba buah ini!

Lagi buah unik yang anda perlu cuba di sini:

https://www.iloveborneo.my/persis-longan-kenali-buah-isau-buah-tropikal-asli-daripada-sarawak/
Jadi Kegemaran Penduduk Di Sarawak, Kenali Buah Terung Dayak Yang Unik Ini
SUMBER :research gate
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Runtuh, Hujan Lebat Berterusan Punca Laluan Ke Tanah Tinggi Lawas Terputus
Next Article [VIDEO] Tawar Servis 'Delivery' Ke Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Kagum Dengan Usaha Restoran Ini [VIDEO] Tawar Servis ‘Delivery’ Ke Puncak Gunung Kinabalu, Netizen Kagum Dengan Usaha Restoran Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?