• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat ‘Mrs Global Asian’

Oleh
Aina Musa
11 Mac 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat 'Mrs Global Asian'

Kini digelar sebagai Ratu Borneo

Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat ‘Mrs Global Asian’. Kimi Tomas, 35 tahun, sangat bersemangat untuk meneruskan impiannya setelah berdiri di atas pentas bersama wakil dari seluruh dunia dan akhirnya memenangi gelaran ‘Mrs Global Asian 2023’ di Melaka. Selain gelaran itu, beliau turut memenangi ‘Best National Costume’ dan tiga tempat teratas untuk kategori ‘Darling of the Crowd’.

Kimi merasa sangat teruja dan bangga dapat mewakili Sarawak dan Borneo dalam pertandingan yang diikuti oleh 22 delegasi dari sembilan negara.

Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat 'Mrs Global Asian'
Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat ‘Mrs Global Asian’. Kredit: Facebook

Turut memenangi anugerah ‘best national costume’

Kimi yang menetap dan bekerja di Kuala Lumpur merasa sangat beruntung mendapat peluang untuk menunjukkan bakatnya dalam pertandingan ‘Mrs Global Asian 2023’. Gaun dan kostum tradisional yang direka oleh Gilbert Headhunter dari Sarawak turut membuat Kimi merasa bangga kerana dapat memperagakan keindahan karya tempatan dalam pertandingan tersebut.

Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat 'Mrs Global Asian'

Dengan pencapaiannya yang membanggakan, Kimi ingin memberi inspirasi kepada wanita-wanita lain untuk terus bersemangat mencapai kejayaan dalam hidup. Kejayaan ini turut memperlihatkan bahawa seorang wanita boleh berjaya dalam kerjaya dan kehidupan keluarga sambil mewakili negara dan khususnya masyarakat Dayak.

Tahniah diucapkan buat beliau!

Menurut Kimi, pertandingan yang berprestij ini memberikan platform untuk wanita-wanita menunjukkan bakat dan potensi mereka. Ia juga memberi peluang untuk mewakili wanita di seluruh dunia dalam menyuarakan isu-isu yang penting dan memperjuangkan kesedaran dan keadilan.

Digelar Ratu Borneo, Kimi Tomas Anak Sarawak Pertama Dinobat 'Mrs Global Asian'

“Sekiranya anda (wanita) diberi peluang dalam apa jua bidang atau pertandingan, lakukan terbaik semampu yang anda boleh, saya yakin kejayaan itu akan menjadi milik anda.

“Jangan pernah putus asa, rezeki kita memang berbeza namun pencapaian kita pastinya indah dan membuahkan hasil bila kita bersungguh-sungguh,” tambahnya.

Baca lagi artikel berkaitan:

Menang Anugerah Kostum Kebangsaan Terbaik, Wanita Dari Sarawak Raih Gelaran ‘Mrs Global Asian 2023’
Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2, Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini Bangunan Pencakar Langit Vivacity 2, Bakal Dilancarkan Bulan Oktober Hingga Disember Ini
Next Article Tribute Buat 'Abah', Amir Jahari Desak Ahli Politik Padam Video Guna Lagu Tanpa Izin Tribute Buat ‘Abah’, Amir Jahari Desak Ahli Politik Padam Video Guna Lagu Tanpa Izin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?