• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022

Oleh
ILB - AI
28 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mahkota Miss World Malaysia 2022 milik Wenanita Angang, gadis asal Sabah

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022. Beauty with brain, itulah perkataan yang sering keluar di mulut masyarakat dalam memilih ratu cantik pilihan mereka.

Anak kelahiran Sabah, Wenanita Angang dinobatkan sebagai Miss World Malaysia 2022 selepas mengetepikan 14 peserta lain yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu.

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022

Wanita berusia 26 tahun itu menerima mahkota kejuaraan daripada Miss World Malaysia 2021, Dr Lavanya Sivaji diiringi Miss World 2021, Karolina Biekawska yang berasal dari Poland.

Wenanita Angang akan mewakili Malaysia pada Pertandingan Ratu Cantik Miss World 2022 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu naib juara pula dimenangi oleh anak kelahiran Sarawak Evelyn Ting dan tempat ketiga Anya Kimberly yang juga berasal dari Sabah.

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Barisan Miss World Malaysia 2022. Kredit foto: FB Hitz Sabah

Evelyn Ting turut dinobatkan gelaran Miss World Sarawak 2022 kerana memperoleh undian dalam talian terbanyak semasa separuh akhir pertandingan ratu cantik.

Advocate Hippotherapy untuk kanak-kanak autistik

Wenanita Angang kini merupakan produser persidangan dan merupakan seorang advocate hippotherapy untuk kanak-kanak autistik.

Hippotherapy: Developmental Disability Service For Autistic Children. Kredit: FB Wenanita Angang

Terdahulu, dalam cabaran Beauty with Purpose, Angang mencadangkan untuk menubuhkan pusat hippotherapy di Hospital Bukit Padang di Kota Kinabalu.

Proses perkembangan kanak-kanak ini mudah dilihat dalam tempoh yang singkat sekiranya mereka diberi peluang untuk mengadakan program yang mampan.

Wenanita Angang, Miss World Malaysia 2022

Dalam pusingan akhir soal jawab, Angang ditanyakan soalan apakah kebenaran yang sukar diterima tentang perubahan iklim?

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Wenanita Angang. Kredit: FB Wenanita Angang

Angang berkata, walaupun perubahan iklim berlaku dengan pantas, kita tidak bertindak melakukan apa-apa mengenainya.

Sewaktu kita melangkah keluar dari SICC, terutamanya orang Sabah, kita dapat merasai gelombang panas yang kita tidak rasai sejak beberapa tahun lalu.

Jadi saya menggesa semua orang untuk bukan sahaja menyokong dan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim tetapi sebenarnya membuat sesuatu untuknya.

Angang bukanlah pendatang baru dalam kancah pertandingan ratu cantik kerana pernah mewakili Malaysia Miss Planet 2016 di Batumi City, Georgia.

Beliau juga memenangi Miss Sabah Model of the Year Musim 6 di Kota Kinabalu Sabah.

Gadis Sabah Sarawak Sapu Bersih 3 Tempat Teratas Miss World Malaysia 2022
Miss World Malaysia 2022. Kredit foto: FB Missosology

Semestinya, pertandingan berprestij ini adalah satu platform buat ramai wanita untuk menyerlah dan memaparkan diri mereka sebenar.

Bukan sahaja pentas memperagakan wajah, bahkan ianya adalah tempat kaum wanita untuk menyuarakan suara mereka ke khalayak ramai tentang kesedaran yang diperjuangkan.

Tahukah anda bahawa Ngepan Iban pernah dibawa sebagai peragaan kostum nasional di pertandingan Miss Universe suatu ketika dahulu? Bangga weh:

Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe

Guys, mari ramai-ramai pergi Irau Aco Lun Bawang September nanti. Baca lebih lanjut di sini:

Acara Menarik Bulan September Ini, Irau Aco Lun Bawang Bakal Diadakan Di Dataran Bandar Lawas

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kanak-Kanak Di Miri Kantoi Curi Pod, Respon Netizen Tidak Pernah Mengecewakan
Next Article 'Scam' Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah 'Hilang' Lebih RM 21 Ribu ‘Scam’ Jual IPTV, Wanita Dari Kuching Ini Dedah ‘Hilang’ Lebih RM 21 Ribu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?